Friday, March 2, 2012

Jeremy Lin

Tiba2 sahaja nama Jeremy Lin meningkat naik seperti pisang goreng panas...last few week aku terbaca mengenai Jeremy dalam Magazine Time...terpegun seketika...jarang2 kot dapat tgk Asian main utk NBA...Peminat sukan Bastketball pasti tahu mengenai kewujudan Jeremy Lin..Jeremy Lin adalah American Asian yang berketurunan Taiwan. Ketinggian 6 kaki 5...beliau adalah pemain basketball untuk pasukan New York Knick. Last few weeks beliau hanyalah pemain simpanan yang tidak mendapat peluang langsung untuk menunjukkan bakat yang terpendam sehinggalah kecederaan dan prestasi teruk pasukan Knicks menyebabkan beliau bermain menentang New Jersey Nets di mana beliau menjaringkan 25 mata .gila hebat la untuk pemain simpanan mana org expect hebat sampai mcm tu...





Fenomena Linmania kini melanda USA dengan jersi beliau sold-out di kebanyakan tempat. Jeremy Lin  bukan pemain baru cuma tidak pernah diberi peluang dan dinilai dengan baik je sebelum ini. Beliau hanya dapat bermain basketball di Harvard, dan tidak dipilih untuk menyertai pasukan NBA... sehinggalah menyertai summer camp.

Lin yang dulunya mahasiswa Harvard, sudah sudah biasa menghadapi cemuhan yang berbaur "racist" seperti "terlalu pendek, terlalu kurus, kembalilah ke Asia, buka matamu" sudah menjadi makanan harian baginya. Tapi dia tetap cool tanpa cepat melatah...

 Hah sekarang smua duk kecoh tentang kehebatan Jeremy Lin...Team yang dulu nya "membuang" beliau merasakan bodoh gila...sekarang nama Lin disebut di seluruh pelusok dunia..Jersey bernombor 17 laris dijual...lagu untuk Lin pun dah mula dicipta...maybe lepas nih kasut bastketball jenama Jeremy Lin pulak kluar...wah2...tuah manusia siapa yang tahu...


p/s : Say NO to racism...





Yours Truly,
-karbie-

1 comment:

kak ron said...

good info..dah leh enter :)