Wednesday, February 29, 2012

9 Petua Mengurangkan sakit belakang

TQ KAK RON....

Lately ni aku diserang sakit belakang@pinggang yang melampau...nak berdiri tegak pun seksa...tuhan dah tarik sikit nikmat kesihatan...



OK bleh praktikkan nih....Korang pun bleh la praktikkan benda nih kat office ke kelas ke...


Yours Truly,
-karbie-

Self Reflection by Asking Yourself These 15 Questions

Try to understand yourself by answering these questions : 


1. Apakah risiko yang paling besar sanggup anda hadapi dalam hidup anda??

2. Kalau anda dah dapat apa yang anda inginkan, adakah anda berpuas hati ataupun anda rasakan anda masih kekurangan sesuatu??

3. Jika anda mencintai seseorang adakah anda akan sanggup lakukan sesuatu yang 'extreme' utk org itu??jika ya, berikan contoh.

4. Kalau anda ada 1juta ringgit , apa anda akan buat dengan duit tu

5. Apakah benda paling bodoh pernah anda buat??

6. Apakah perkara yang buatkan anda sanggup bangun awal pagi??

7. Dalam masa 5 tahun dari sekarang, adakah anda akan ingat apa yang berlaku semalam??

8. Pernah bercinta??? Kalau pernah apakah makna 'cinta' tu bg anda??

9. Apakah kelebihan anda sebenarnya??

10. Apakah benda anda paling takut?? Dan adakah anda sudah mengalaminya?? Berikan contoh

11. Jika anda hanya ada sehari lagi utk hidup, apa yang anda nak buat??

12. Anda nak anak?? Kenapa??

13. Apakah pengorbanan yang paling besar anda pernah buat utk seseorang??
14. Adakah anda akan masuk ke dalam bangunan yg terbakar utk selamatkan org yang anda tak suka??

15. Apa anda nak capai dalam masa 1 tahun dari sekarang??



NOW, The Fun Begins!!!!


Jawapan aku, next post ..nak pikir dulu ;)



p/s : Sapa bagi jawapan yang best aku bagi hadiah ;p


Yours Truly,
-karbie-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bangsa lain lebih menghargai keunikan 'tulisan jawi'

Pagi2 ni sebelum masuk ke laman gossip meh kita tgk isu2 semasa yg bermanfaat dulu...tertarik pada satu artikel mengenai "Korean expert fears Jawi script increasingly forgotten". 


Dr Kang, who began his research into Jawi in 1974, regards the script as a one-of-a-kind asset of Malaysia.

He said the media plays an important role in ensuring wide use of Jawi, and hoped that newspapers using the script, such as Utusan Melayu, will be given a boost to attract more readers.  
  
"In (South) Korea, we translate many books into the Korean language and script because we want our people to master the Korean language and script, more than any other language"-NST-

"Khazanah ini perlu diangkat semula kerana ia sebahagian daripada warisan sejarah Melayu. Sudah tiba masanya, pelbagai langkah perlu diambil supaya generasi muda tidak melupakan asal usul yang membentuk jati diri orang Melayu,"ujarnya. -mymetro-



Orang melayu sekarang ramai ke yang pandai baca tulisan jawi??? Ni blum masuk bab pandai baca quran ke tak ni..baru tanya pasal tulisan jawi...kita selalu merendahkan bahasa kita...lebih mengagungkan bahasa lain kan...kenapa??? Takut di anggap kolot??? Hurmmm...sayang 1000 kali sayang...kita melupakan warisan melayu asli just because utk kelihatan hebat or takut dikatakan kolot..bangsa lain sebok duk pertahankan warisan nenek moyang mereka...kita??? Nak hancurkan?? Pupuskan???


Ini  bukan ejaan jawi :)




p/s : Aku PANDAI baca jawi...sekian ;p


Yours Truly,
-karbie-
.

Tuesday, February 28, 2012

Malaysia bans Erykah Badu concert



"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,"-Datuk Seri Rais Yatim-



Yours Truly,
-karbie-

Aku NAK SATAY!!!!!!!

Dari last week aku nak makan satay...tapi tak tercapai...plan dgn KAK RON nak g makan satay..sekali ada malaoon mana yang jani biawak dgn aku...so cancel makan satay g makan ANNA IKAN BAKAR..belanja KAK RON dah tamat pengajian MASTERS dia...

So bila aku kelaparan petang2 macam ni mula la nak banyangkan makanan yang mengghairahkan seperti di bawah nih...bila la agaknya dapat makan ni..hurmmmmm








SEMUA AKU CEDOK DARI MR GOOGLE...



Yours Truly,
-Karbie-

Monday, February 27, 2012

Tangkap Khalwat???

Khalwat tu apa???

Berdua-duaan or berseorangan??? Errrrr kurang pasti..sila rujuk pakar bahasa arab okay ;p


Tangkap basah plak apa??? Tangkap masa mandi ke???

Whateva la..melayu kan suka guna bahasa celop...mcm mee celopp...ahaks..jangan marah..


Apa cerita ni tangkap basah tangkap khalwat nih?? Eeyyuuuu...

Bercerita bab tangkap basah ke kering ke khalwat ni...isu besarr aku rasa...kalau diikutkan betul2 mmg tiap2 hari Jabatan Agama Islam boleh tangkap ribu2 orang aku rasa...


Ye la cuba imagine...sepupu lelaki dgn sepupu perempuan berdua-duaan dalam satu rumah..abang ipar and adik ipar perempuan berduan dalam satu rumah...datuk saudara dengan cucu saudara dalam satu rumah...majikan dengan bibik berduaan dalam satu rumah...hah hah hah..cecite cecite tang tu kita kira hukum apa plak???apa beza mereka2 ini dengan laki org n bini org berdua-duan?? #justasking..sebab aku tak paham konsep dia ;) tak sama ke dgn konsep bukan mahram?? ;)


Motif post???


Nasib baik aku tak kena tangkap khalwat masa berdua-duaan dgn abang ipar aku masa aku duduk rumah dia dulu....Hªªhªhªªhªªhªhªª ....


Ps : Lelaki yang rasa nak tolong perempuan yg teraniaya sekali pun, biarlah ada MAHRAM nya...baru tak kena fitnah ye dok?? Ahaks..#justsaying

Lelaki+perempuan+hotel = FITNAH ;)



Yours Truly,
-karbie-

Friday, February 24, 2012

Pavlova





Hurmmm...

Aku tak pernah tau kewujudan kuih-kuih mcm ni...kuih ke??? Org kampung mcm aku panggil kuih..org bandar mcm korang panggil dessert..

Last few weeks baru aku tau benda ni wujud n boleh dikatakan sedap la jugak...

Tu bukan cerita aku nak bgtau..cerita aku nak bgtau adalah aku tension gila...kakak aku suka main masak2 lately ni..mcm2 benda dia nak try...dan salah satu benda nye adalah mendalah nih la...

Tahukah Anda?????

Tahu apa??? Kalori benda ni berapa riban??? Adushhh...makin bambam la aku cenggini gaya weh...DANG!!!! Belajar masak benda2 yg high kalori..cuba blajar masak benda2 yg bleh buat aku kurus...Ermmm tp aku nak jugak promote...mendalah ni sgt sedap....*wink-wink*


Kalau korang nak recipe bleh la google..muahhaah...eh nak tanya EJ pon boleh jew...dia sedia membantu...kan kan kan EJ kan...ahaks..

Sama tp tak serupa ;p


Ps: Dah tak jauh beza hokay dengan Alexis punye..I'm proud of u yeah!!!



Yours Truly,
-karbie-

Thursday, February 23, 2012

4 Steps to ruin your blog..

Apa jadah nak ruin blog korang kan??? Tapi just FYI..mana tau bila dah glamour tetiba rasa serabut lah jadi blogger terkenal nih...fenin tahu tak..hah leh la korang follow steps kat bawah ni...



1. Guna 'Hideous Templete'

Hurmmm..guna colour yg cacamarba...tulisan yg tak berapa nak nampak..background hantu mak limah...org masuk nak baca pun menyumpah sakan kat korang..Hªªhªhªªhªªhªhªª..pendek kata template yang huduh mata memandang la....

2. Jangan kerap update

Hah stop updating ur blog regularly...setahun sekali..ala2 lagu raya gitu..hurmmm...

3. Ads bersepah

Ko letak la iklan bersepah...atas, bawah, kiri,kanan, celah2, hah bagi org confuse.. ko ni agent iklan ke along bukit beruntung.. "kami bukan along kami cuma mau tolong"

4. Type post panjang berjela

Hah ko merapu habis2 dalam post kau...bagi muntah reader nak baca..3 hari 3 malam blum habis baca (blogger glamour la katakan, haruslah org baca dari mula sampai akhir kan??)


Sampai disini saja rapuan aku...


P/s : Maksud tersirat adalah??? Lu pikir la sendiri :p



Yours Truly,
-karbie-

Buenos Aires train crash





SOURCE


Your truly,
-karbie-

Aku memang takut lembu!!

Dari kecik aku memang takut gila dengan lembu....aku sanggup ponteng "mengaji" kalau ada lembu otw g ngaji....kalau balik kampung aku mmg nangis2 kalau kena "melintas" depan lembu...padahal lembu tu jeling aku pun tak...perasan je lebih aku nih...kalau time korban memang aku duduk 1km jauh dari lembu yg nak dikorbankan...walaupun lembu tu diikat rapi...so begitulah cerita fobia aku terhadap lembu tanpa sebab, tanpa usul periksa...

Hah meh baca nih...kan betul..memang aku patut takut dengan lembu...tak sia2 aku takut dengan lembu selama 29 tahun nih


“Sebelum kejadian, datuk dalam perjalanan dari rumah ke masjid menunaikan solat Zuhur dan pada masa sama lembu jantan berdekatan pintu pagar masjid terbabit sebelum datuk cuba menghalau haiwan itu.

“Saya melihat datuk tunduk mengambil kayu dan ketika itulah lembu jantan besar berkenaan meluru ke arahnya lalu menanduk dan melambungnya seperti bola sebelum dia terjatuh ke dalam longkang berdekatan pagar masjid,” kata Mohd Asmie ketika ditemui di HTAA, di sini, semalam.

“Dia hanya terbaring saja, malah doktor memaklumkan dia mungkin berisiko lumpuh.-MyMetro-

p/s: memang tak dapat dinafikan, lembu binatang merbahaya....



Your truly,
-karbie-

Ilmu Pengasih

Wujud ke ilmu pengasih ni??? Ingat kan ilmu hisab , ilmu mantik je :)


Anak dara ikut jantan je dikaitkan dgn ilmu pengasih...anak dara mula lawan ckp mak bapak je dikaitkan dgn ilmu pengasih...anak lari dari rumah je dikaitkan dgn ilmu pengasih...anak gelisah tak dpt jumpa buah hati pun dikaitkan dengan ilmu pengasih...

Ilmu pengasih adalah jalan mudah mak bapak nak lepas tangan..so that org tak salahkan mereka???

Ilmu pengasih cara mudah si jantan guna utk pikat anak dara, supaya segala hajat di turuti???


Siapa yang bersalah dalam isu ilmu pengasih ini??

Sebelum kena ilmu pengasih bukankah sudah ada bait2 cinta??
Sebelum kena ilmu pengasih bukankan si dara pun menggeletik bila dicuit si teruna??
Sebelum kena ilmu pengasih kita main mesej2 dulu ye
Sebelum kena ilmu pengasih mak bapak ada ke ikuti perkembangan anak dara mereka seharian???

 #justsaying

ps: muhasabah diri sebelum mencari konklusi mahupn menuding jari...

Semoga kita smua dilindungi dari "ILMU PENGASIH" okay ;)


Yours truly,
-karbie-

It happens only in India!!!

Indian Woman gave birth to eleven 11 kids’????

KITA digemparkan dengan cerita ni kan last few weeks??? aku pun ter"AMAZE" sekali la....rupanya aku TIPU korang la dengan my post sebelum ni...BUKAN 4 TAPI 11...


"The actual story goes like this. About 11 babies in India On 11.11.11 a special day, 11 women who had conceived with IVF (Invitro fertilization-Test Tube Baby Treatment), at 21st CenturyHospital & Test Tube Baby Centre, Station Road, Surat, Gujarat, INDIA were delivered by elective caesarian section by Dr. Purnima Nadkarni, Dr. Pooja Nadkarni, Dr. Aditi Nadkarni & Dr. Kishore Nadkarni. In all 11 babies delivered from 11 mothers, 9 singleton pregnancies and 2 twins. This is the “World Record” for the date and all were test tube babies".-thesky-


PS: India ni mmg banyak benda2 pelik kan...tak caya TENGOK SINI...kalau nak tgk lagi CLICK NI...JFF!!!



Yours Truly,
-karbie-

Wednesday, February 22, 2012

Melayu masih lagi kaum termiskin di Malaysia

"Saya tidak suka lebih banyak parti lagi ditubuhkan, ia memecah-belahkan orang Melayu yang sudahpun berpecah kepada tiga, kini mereka berpecah kepada empat, lima, enam sehingga menjadi minoriti," -Dr.M-



"apa yang membimbangkan ialah bangsa Melayu masih lagi kaum termiskin di Malaysia dan jika ia terus berpecah menjadi lemah, harta mereka akan jatuh ke tangan orang lain." - Dr. M-

 SOURCE:







p/s: He is My All time idol...



Your Truly,
-karbie-

20 blogging tips i learned so far

  1. Start blogging today, seriously its FUN!!!
  2. If you are serious about blogging buy your own domain 
  3. Use a short and easy to remember name...(www.karbie.com)
  4. At least 7 posts a week
  5. Interact with other bloggers
  6. Write about something that you love
  7. Leave meaningful comments on the blogs you read
  8. Use readable fonts...not too colorful...
  9. Dare to be yourself...don't imitate others
  10. Read as many blogs as possible to get an idea
  11. Use pictures whenever possible
  12. Be patient
  13. Get rid of long blogrolls
  14. Always answer to comments
  15. Write with a personal touch
  16.  Use simple colors
  17. Participate in blogging projects
  18. Get to know other bloggers personally
  19. Talk directly to your readers
  20. Never forget to mention your sources or reference (avoid plagiarism)


Yours Truly
-karbie-

Tuesday, February 21, 2012

"Where did I come from??" Unsur Lucah??

Sweet je tajuk buku ni kan..

Tahukah anda??? Isi kandungan buku ini???

Ouch!!!!



Aku pun tak tau..tp aku pernah nampak buku ni kat MPH..tapi serious tak pernah terfikir nak beli or nak lihat2...tajuk dia tak menarik lansung ;p

Oh that's not the main point..the main point is this book content too much on love making ....siap dengan expalanation segala...hah..sebijik sebijik..sebutir sebutir..siap ada illustration n explaination lengkap..serta perasaan ketika "ehem ehem" hoho...tinggal nak praktik kan sahaja..errrrr...


But how if underage yg baca??? Hurrmmm..dan mereka nak cuba buat secara praktikal??? Hayoooo..."Letak tangan atas dahi" (˘_˘")


Katanya buku ni is "A guide for children and parents"... eeyuuuu..


Maybe kita belum sampai ke tahap itu...nak bagi anak2 belum cukup umur baca benda2 mcm ni..seperti negara barat...kerna kita masih punya batas2 pemikiran dan juga perbuatan..tidak terlalu open bukan kerna kita kolot..tetapi kerna kita mementingkan kesucian pemikiran...bila dah cukup umur n pandai beza baik buruk halal haram baru kita "open" kan perbincangan sebegini hokay ;)


Ps: OK sekarang aku nak g beli buku ni "Where did I come from? " Hªªhªhªªhªªhªhªª ...



Yours truly,
-karbie-

Candylicious!!!

Haiyooo...

Aku dengar nama pun sudah rasa ngilu gigi aku...betty bleh plak nak masuk situ...tak habis2 dengan choc...budak n choc mmg tak dpt dipisahkan..mcm la sedap sgt choc tu..dah la manis sampai ke otak..ntah apa bahan pengawet dan colouring dia letak dalam tu..eeyyuuuu


Tapi takpe lah...dah betty nak masuk..aku bawak je la..alang2 dah sampai KLCC..kan kemponan pulak tak dapat masuk candylicious...


Tawaf satu kedai..padahal dah tau apa yg nak..

Haih dah nak bayar pun jenguk2 lagi
"Hurm apa lagi ek nak paw makcik aku"

Ok tu aje

Alamak kantoi aku diekori rupanya...




Yours truly,
-karbie-

Monday, February 20, 2012

Filem macam ni je???

Lately ni list malay movies yg ada kat panggung sangat2 lah menjengkelkan...skrg I'm not sure movie apa ada kat panggung sebab aku menjalankan aktiviti tidak sihat iaitu dengan mendonlot sahaja...Hªªhªhªªhªªhªhªª ...

Serious weh malay movie serupa hampeh..tak beri input lansung ...output ada la..loyaaaa nak muntah..eeeyyuuuu...

Bujang telajak sangat membosankan..ntah lawak apa pun aku tak tau...motif cerita aku kurang pasti...sampai je half, aku dah tak tahan..tgk ending je ..tp lagu dia best..aku suka..Hªªhªhªªhªªhªhªª

Satu malam kubur berasap?? Cerita apa ini macam?? Nak kasi sapa tgk??? Budak kecik?? Org dewasa ?? Org tua gayut??? Haish...aku tak nampak utk tontonan sapa cerita2 mcm ni..

Producer film keluarkan filem2 mcm ni..pastu suruh malaysian support our malaysian film industry...boleh explain ka????


Orang tgk movie bila rasa bosan tak tau nak buat apa...tp serious bila tgk cerita2 hampeh mcm ni semakin bosan jadinya..baik layan kebosanan tanpa buat apa2 dari duk layan cerita mcm ni. #just saying

P/s: aku boleh je layan film tempatan..but pls bikin filem serupa arwah Yasmin Ahmad or arwah Tan sri P.Ramlee okay..ataupun lebih baik dari mereka2 ini...sure aku pegi tgk kat panggung sambil kunyah popcorn lemau... 


Yous truly,
-karbie-

Air Asia punye pasal!!!

Daripada takde plan nak g memana..aku dah booked 4 tiket penerbangan...dang!!! Tu blum masuk tiket balik kg lagi tuh..haih...


Time book tiket rasa mcm best je la dpt g jenjalan dgn harga yang murah..tp bila fikir cost penempatan,kehidupan dan shopping hadooiii sakit kapla....

Cuti aku dah la sikit...lg la stress...kena pandai manage...kalau cuti banyak aku rasa lagi banyak aku beli tix ;p


Tiba2 hari ni rasa nak check calender aku utk 2012...aku pun lupa bila aku beli tix ni smua..hurmmm...pfffttt...


Ni smua tix yg aku booked last year...kecuali brunei baru je booked..

  • Bandung- March
  • Brunei- April
  • Krabi- May
  • Bali- November


ƪ(°;◦)ʃ Ϛ(°..˚)Ϟ ƪ(°;◦)ʃ Ϛ(°..˚)Ϟ


Pening nak pengsan..hayyyoooo...*gulp*


Sesi jelajah bumi Tuhan bermula next month...(˘_˘") 

Being Ready Both Physically and Mentally





Yours truly,
-karbie-

Sunday, February 19, 2012

Ku Tujukan KHAS untuk korang!!!!

First time dengar lagu ni sangat memberi inspirasi dan menyentuh jiwa2 yang sepi...sangat soothing...

So pagi-pagi ni aku nak tujukan this song to all my lovers yang sudi datang jenguk blog aku nih....



YES....U R WORTH FIGHTING FOR!!!!





Yours truly,
-karbie-

Pilih satu je.....

KO NI NAK NAIK BASIKAL KE NAK NAIK UNTA???? PILIH LA SATU JEW....hayooooo...



Ermmmm...boleh ke kayuh basikal atas pasir???


Yours truly,
-karbie-

Peneman setiaku...

Aku yang penakut ini, sangat gemar menggunakan kanak2 di bawah umur utk menemani aku berblog, berfb, bertweet dan segala ber lagi lah..terutama sekali bila malam sudah tua..masa malam masih muda aku tak cari pun dia..bila malam sudah tua aku mula la panggil dia turun bawah utk temankan aku....Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡ 



TQ BETTY....


Uish ini bukan kerja free...haruslah ada habuan..habuan dia adalah sekeping ipad..hahaha....so aku bleh buat kerja dengan aman tanpa rasa takut mahupun gangguan perasaan..dia akan layan youtube n main game sampai lebam...


p/s: anak buah saya sangat spotting...


Yours truly,
-karbie-

Saturday, February 18, 2012

Jangan buat macam ni

Aku tgk sekarang ni kat shopping mall mak bapak bawak stroller bukan nak letak anak pun....anak2 yang bleh bejalan dah tak nak naik stroller....tapi mak bapak bawak stroller supaya senang diorang nak letak barang2 shopping....hayoooo....

kadang2 menyemak pun ada bawak stroller nih...masuk kedai sempit, dia sebok dok tolak stroller...aku tgk budak tu bukan duk dalam stroller pun...penuh dgn plastik bag, paper bag, sayur, ikan, ayam semua letak dalam tu..huhuhu...macam2 korang nih...fully utilize stroller tuh bila anak dah makin besar jadikan trolley angkut barang plak...



Hah bila dah habit letak barang ni la jadinye....



Yours Truly,
-karbie-

Bahana Angkat Berat

Hah...untuk Weightlifter..hati2 masa angkat berat..mesti gunakan teknik yang betul...nanti jadi mcm gambar kat bawah ni..dislocates elbow...miahahhahaha....




Buat2 Busy Disebalik Monitor..

Korang suka je buat keje mcm ni kan..masa student ke masa kerja ke...hah..tak pernah buat??? tipu lettew...aku slalu buat mana bleh korang tak pernah..muahahah

Masa student dulu bila lecturer mula ajukan soalan..masing2 mula la menyorok di sebalik monitor...

Masa kerja pulak bila boss mula datang kat workstation mula la buat2 bz depan monitor...


Banyak kegunaan monitor ni sebenarnya..muahhaah...makan disebalik monitor pun aku suka gak buat dulu2..kekekke...


Tapi kalau monitor transparent macam ni ???? errrrrr...



OK senang nak usha awek kat meja depan.....


Yours Truly,
-karbie-

Friday, February 17, 2012

Siapa nak FREE TOP UP???





Salam Jumaat...

Hari ni aku dapat  FREE TOP UP!!! Masalah nya aku guna POSTPAID...miahahah...

10xRM10...

So, aku dengan baik hati nak bagi korang FREE TOP UP ni...


Syarat-syarat :

1.Sorang satu request je la....
2. Line celcom,maxis,digi sahaja (line cap ayam tak ada ok;p)
3. Jangan jual bila dah dapat :p
4. Komen je kat bwh ni "saya nak celcom/digi/maxis"!! (WAJIB ada blog..cik ANON aku tak terima ;p)
5. Oh first 10 commentator saje saya bg sbb ada 10 je pun ..RM10 each..(nak lebih2 beli sendiri)
6. Saya akan umumkan anytime bila dah cukup 10 commentator  ;p
7. First come first serve..



Hah senang kan..tak payah buat entry or lekat2 banner segala..miahahaha...



Yours truly,
-karbie-

Jangan TOLONG , Jangan BUAT BAIK!!!!!!!!!!!!!

Dahsyat nye bunyi..jangan tolong!!! Haihh...
Zaman dah berubah...Peribahasa dulu "buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat" dah tak bleh pakai dah zaman sekarang ni...tu semua dah lapok ditelan zaman...peribahasa zaman sekarang "Lu Tolong Wa POTONG" hayoooo...

Kesian..niat nak membantu membuatkan tangan dia putus lalu tercampak....


Betul ke nak tolong??ouchh....




Yours Truly,
-karbie-

Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012

Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 will be held on 8th April 2012.


Date : 08 Apr 2012, 06:00AM
Location : Hassanal Bolkiah National Stadium, Bandar Seri Begawan

Category & Distance:
Half Marathon - 21.1KM
Middle Distance - 10KM
Fun Run - 5KM
Fun Run - 2.5KM

BERMINAT??? CLICK HERE



FUN RUN JE PUN!!!!


p/s: Sebenarnya aku pergi Brunei as a "bodyguard" je..tapi dah alang2 pergi register je la utk FUN RUN...aku kan "Fun Runner"...Run for Fun....ahaks...Jom la JOIN!!!! Bila lagi nak datang jenjalan Bandar Seri Begawan :)


Penyokong LFC haruslah support Standard Charted ;p




Yours Truly,
-karbie-

Thursday, February 16, 2012

Stressed out!!!

Mau aku tak stress...masa bagi job suruh buat lain..dah aku buat nak mcm lain pulak...asal2 kerja nampak senang makin lama makin complicated jadinya...hadooyaiii..hangin satu badan aku..

Dah tu bila check2 balik, file mcm harem dia bg aku...file pun dah salah mcm mana aku nak buat...B***H laaaa...haaaa kang dah kluar kata2 manis dari ku...

Setengah jam aku duk depan PC aku hanya tgk "rubbish"...arahan tak jelas...fakta yang salah...ko sendiri tak tau apa yg ko nak...bleh plak suruh aku buat keja mcm ni...

"Hello...aku bukan robot boleh baca apa kau nak...robot pun kerja ikut arahan hokay..bukan main hantam saja"

Hangin tahu...

Ermmmm skrg aku tutup semua file2 tu aku buka twitter n blog...puas hati aku drpd duk tgk "rubbish" tu..dang!!!!

Bila dalam keadaan macam ni semua kau buat tak kena...semua benda aku jadi nak marah...padahal bukan apa pun

Lappy ni kecik pun aku rasa nak marah....mouse tak de pun aku rasa nak marah....washing machine bunyi pun aku nak marah....org BBM aku pun aku nak marah...aku bahan typo lagi la aku nak marah...rambut aku terbang kena muka aku sendiri pun aku nak marah...nyamuk terbang kat telinga kau pun aku nak marah....aku dahaga and air blum amik pun aku nak marah...tu belum masuk bab unifi menyiputkan diri time2 aku nak marah ni..haih....


P/s : eh sorry la aku buat sentap kat sini..now aku rasa lega...#untungla ada blog tempat luahkan perasaan..miahahah


Yours truly,
-karbie-

Aku benci lunch time!!!

Hampir setahun setengah aku mengalami syndrom "benci lunch time"...mana tak nye tiap2 hari aku g lunch sensorang..jalan sensorang..makan sensorang..senyum sensorang sambil layan tweet merapu korang...sib baik tak borak sensorang je...(˘_˘")


Aku Tak de kawan???or tak minat berkawan??? Ada kwn sebenarnya..minat jugak berkawan tp dengan berlainan jantina..miahahah...bukan apa, lunch hour kitoang berbeza-beza mengikut kesesuaian..aku kerja apa??? Kerja kuli jew bukan boss ;p


ƪ(°;◦)ʃ Ϛ(°..˚)Ϟ ƪ(°;◦)ʃ Ϛ(°..˚)Ϟ ..bila tiba lunch hour je aku jd mcm nak sawan...tak tau nak makan kat mana..nak makan apa..bila pegi makan sensorang aku rasa mcm aku ni penghidap kusta pulak...HIV ke Siplis ke..haih...mintak dijauhkan..


Kalau kat rumah aku senang je bila lapar n taktau nak makan apa...aku minum je chocolate@strawberry@vanilla kocak...tp kat office malas nak bawak..leceh..sbb aku suka campur macam2 dalam kocak aku tu...

Kocak=shake


Ada kawan aku kata "kaya la kau boleh beli herbalife tiap2 bulan.."


Dalam hati aku jawab "ini tanda aku tak kaya..aku takde simpanan riban2 utk rawat penyakit yg macam2 skrg ni...sekadar buat perubahan walaupun sedikit ;) "



Tapi takpe lah..org mmg suka je buat spekulasi...aku ok jew...at least breakfast aku beri yg terbaik utk sel badan aku...janji ‎​┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ ...ye dok...


p/s: sihat sebelum sakit...semua itu kerja DIA....kita sekadar ikhtiar, doa n tawakal...bukan menyerah bulat2 tanpa usaha ;)



Yours truly,
-karbie-

Energizer Night Race 2012 : Registration

Hah sapa kata nak ubah gaya hidup mereka kepada yang lebih sihat dan bermakna...

JOM LA RERAMAI KITA JOIN  NI.....

wooooo...im not a marathon runner....I'm Just a "FUN RUNNER" ;p






Date: 21 Apr 2012
Time: 8pm
Venue: Sepang International Circuit
Distance: 5.5km, 15.5km and 42km
Closing date: 23 Mar 2012 or 5000 participants
Details here


Registration Fees :




Running Tips bleh la tanya EJ...mihahaha...;p





FUN RUN je pun...JOM LA!!!! :)

EH!! tetiba promote....;p




"NOW OR NEVER"




Yours Truly,
-karbie-

Wednesday, February 15, 2012

UNIFI makin slow!!!

Zon Bengang !!!

Semalam lansung tak bleh connect UNIFI...pejadah nye nih...dah suruh org reramai guna UNIFI,  service mcm harem pulak...

Bila tak dapat connect walaupun hanya utk satu malam tp ianya Sangat lah memberi kesan kepada pengguna tahu tak??? Dang!!! (˘_˘") tv pun aku tak bleh tgk...dah la umah lum pasang astro..hangin betul la...lagi satu, smua link movie donlot aku kena block...tu lagi satu jadahnye...haih...ni bukan salah unifi tapi nak bebel jugak...

Kan aku dah membebel pepagi ni...bebel dalam blog harap2 tak kena belasah mcm akak kita tu..sian kena belasah sbb banyak tanya..tu la sapa suh bebel bebel bnyk sgt...mcm keretapi bebel tak berhenti...kena penampar baru reti nak diam..heheheh...nak bebel buat apa...lain kali tampar je terus laki anda yang ada gigitan cinta di leher  BACA SINI !!!


Aiseh...UNIFI ni pecer ni??? nak kena tampar jugak kew....Grrrrr




Insan bengang,
-karbie-

Tuesday, February 14, 2012

I janji I akan lebih kerap call u ok!!!

Fulamak...org bercinta mesti selalu dengar ayat ni kan..

I pun nak janji la..I akan selalu call u sebelum u windu I okay..I tak akan biar kan u susah2 habiskan credit u call I..I tau u rindu I..tp I tak tau nak ckp apa bila call u...ermmm ok ok..lepas ni I akan lebih kerap call u ok..guna unifi ni TM ke TM kan free call...


Jgn gelabah..ni bukan ayat utk kekasih..tapi utk mak aku :( tetiba dia call aku ptg td...lama tak dengar suara katanya..tu ayat ibu kita rindu kita sebenarnya :( rasa bersalah sgt sebb lama tak call dia..dah masuk seminggu setengah tak ckp dgn dia...

Lepas ni saya janji saya akan lebih kerap call ibu saya..walaupun hanya utk bertanya 'buat apa tu?? Masak apa hari ni?? Ayah sihat?? G mana jew hari ni?? Ok bye' sweet kan ;)

Sayangi ibubapa anda..anda sudah kesuntukan masa utk menghabiskan sisa2 tua mereka sebenarnya #self-reminder...masa bersama mereka semakin berkurangan disaat mereka lebih memerlukan anda...#reality ;)


Wasalam

Yours Truly,
-karbie-

Banyaknye bunga

Aduhai....

Sepanjang jalan kat area sunway pyramid penjaja bunga duk berkeliaran...pasangan2 yg sedang dilamun cinta kelihatan berkepit-kepit manja...sang betina buat aksi manja di bawah ketiak pahit sang jantan...

Ermmm aku nak beli bunga kat sapa ek?? Kasi mak aku?? Jauhhhh nun beratus batu...nak bagi kat sang kekasih??? Bila masa ku ada kekasih...dush dush dush!!!

Oh tak habis lagi cite aku..aku pun nampak la pasangan2 tadi berebut beli bunga..sang jantan beli la kat sang betina..bunga tu masih mekar aku nampak...tapi gf ko 'semekar' bunga tu kew??? Ahaks...#pikirkotor jap...

Ok ok kesimpulan baru aku tau aku masih single mingle available..eceh... 



P/s : Masih menunggu seekor kumbang..bukan sekuntum bunga mawar... 



Eh agak2 berapa pasangan ek JAIS tangkap semalam??? Ahaks ;p


Yours Truly,
-karbie-

Monday, February 13, 2012

Angan2 menjadi nyata??

Wah-wah...

Sejam yg lalu aku berangan je BEN ASHAARI nak suruh korang baca blog aku...tetiba bila aku balik je dari lunch aku tgk update abang ben kita.. WOW!!! My blog tersenarai ...terus rasa bangga n kembang hidung :p




Okies sambung buat kerja sambil tersengehhh...


Yours truly,
-karbie-



Check-in mana malam ni??

Hoho...

Anak2 adik2 saudara saudari...jgn duk jadi lembu cuba2 nak melakukan maksiat tanpa akad nikah yang sah...


Valentine tu haram malas la aku nak cerita kan...merokok pun haram kan...tp dengar cerita sudah ramai yg booked bilik2 hotel utk upacara 'membuktikan kasih sayang' pttuuuihhh...


Sudah2 la dok jadi binatang...duk sibuk nak mengawan sebelum kawin..kalau dulu rasa perangai cam binatang apa kata tahun ni kita ubah skit jadi manusia?? Kalau tak bleh tahan gatal sangat bgtau mak bapak suruh percepatkan majlis akad nikah...kalau mak bapak tak kasi kawin awal??? Tanya balik mak bapak 'nak cucu tak sah taraf ka ??? ;p #justkidding


Bawak2 la bertenang..tok sah duk gelabah biawak...tuhan bagi nikmat SEX bukan suh jadi binatang ye dok?? Sampai masa balun la puas2...sebab tu tuhan bagi nikmat SABAR...bila dah dapat hanya tuhan yg tau betapa nikmatnya...

Contoh bila kita sabar duk tengah panas di siang hari, maka tuhan akan datangkan nikmat sejuk dimalam hari...

So skrg ni sabar tahan godaan syaitan utk melakukan maksiat, IAllah tuhan datangkan nikmat SEX bila dah kawin nanti ;)


P/s : Harap2 Jabatan Agama Islam bukan je buat serbuan kat hotel2 murah,  tapi buat la smua hotel2 mahal..bukan je budak2 muda yang tak berapa nak ada duit buat kerja ni..laki n bini orang yang dah tua gayut pun ada wat keje macam ni..dengan harapan Hotel mahal tak kena serbu ;) #justsaying

Wallahualam



Yours truly,
-karbie-


Ben Ashaari Ajak Baca Blog Aku

Wah2 kemain tajuk..lek ah..sebenarnya ben tak suruh pun..aku je perasan...tapi kalau korang nak suruh BA ajak orang baca blog korang boleh je...CLICK BANNER BAWAH NI!!! 




Korang patut baca blog aku bg mengelakkan korang drp baca berita2 mengarut...muahahah...

Buktinya : Click je mana2 entry, aku tak akan siarkan berita mengarut..tiada yg benar melainkan yang benar..cuma kekadang je aku merapu skit  ;p

Ok la..sambung keje...curi tulang adalah berdosa..makan gaji buta ;p



Yours Truly,
-karbie-

Anugerah Terindah : Very Inspiring Kid:





Just Sharing :)

R.I.P. Whitney Houston...



All the great legends are dieing :: WH & MJ :: who's NEXT???? ;p


Your Truly,
-karbie-

Sunday, February 12, 2012

Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat


 CLICK BANNER UNTUK JOIN!!!


Malam2 yang bosan ni tetiba terpandang segment ni...so rasa nak join la...kalau korang pun nak join click je banner kat atas ni okeh :)



Saturday, February 11, 2012

Done :: another 5.37km

Alhamdulillah...

Ada peningkatan dalam pace larian@jalanan aku utk malam ni...tak de plan apa pun ngn EJ tetiba je dia ajak g run...sebelum ni 1 jam 15 min...malam ni 58min/5.37km

Target aku malam ni 1 jam untuk 5km ... Tapi aku dpt buat 58 min utk 5.37km...not bad ;p (370meter memberi kesan ok pada aku (˘_˘") )



Calories burn 531 ...
Route



Yours truly,
-karbie-

"SEGMEN: SAYA BLOGGER BAHARU FASA 2!"

Salam semua....happy weekend...pagi2 ni biasa la mencari aktiviti sambil blogwalking....meh JOIN SEGMEN ni....leh tambah kenalan :)





CLICK BANNER BAWAH NI KALAU NAK JOIN :)











Tag : KAK RON, EJ, CIK MPK....



Yours Truly,
-Karbie-

Sapa suruh ko curi motor pak guard???

Khas untuk tontonan Kak Ron yang ketinggalan zaman...heheh.....






Kemain Pak Guard pun nak tunjuk gangster lettew..kekekeke...memang orang sekarang mudah PANAS ...

Yang mencuri satu hal...yang tunjuk ganaz 2 hal...yang tlg simbah minyak bagi api lagi marak 3 hal....macam2 hal la korang ni..

Bukan 4 Tapi 11

Aku baca metro 2 hari lepas , ada pasangan dapat kembar 4 kan..tu pun aku duk pikir macam mana la mereka nak jaga baby2 mereka serentak...nak bagi minum susu..nak mandikan...hadoiiii 4 jasad 4 nyawa 4 mulut....tapi atas nama kasih ibu semua rasa penat tu bertukar menjadi kasih sayang sebenarnya kan...so sweet...


Tapi macam mana pulak dengan kes kat bawah ni????









 erm kembar 11....macam mana dan macam mana dan macam mana???? 

Malas nak fikir...tak tercapai dek akal ku..kekekkeke...




Subhanallah!!!!


Yours Truly,
-karbie-

Akibat Bila Aku Jumpa Member

Bukan senang nak jumpa kengkawan aku nih..masing2 bz dengan tugasan memasing..so once dah jumpa mmg tak ingat dunia la...lepak kat tupai-tupai dah 2 jam..pukul 12am baru nak gerak balik...sampai umah kak ron bleh plak nak g lepak kedai siam sebab ada banyak lagi benda nak cerita..adoyaiii...


Kak Ron n Effa aka Mangsa sesat no2 ;p

Kak Ron kepenatan

Lepak kedai siam sambil pekena nescafe ais sampai la kul 1 am...nasib baik ada akak datang jual KOSMO...baru la kitoang perasan dah masuk hari lain sebenarnya...dang!!! tengok2 jam dah pukul 1.15am...lama dah kot tak buat kerja lepak sampai pagi ni...



Tak bleh jadi ni kena beransur pulang..kalau nak ikutkan hati memang tak nak balik lagi...banyak lagi benda nak dibincangkan....sampai rumah dah pukul 2am..EJ dah tdo pun...takde teman bicara aku...aku memang tak bleh tdo la dah pekena nescafe ais tadi...haihhh..

Ok la nak g blogwalking jap...

Good Night everyone...have a safe weekend yeah..love u

ps: Thanks to effa n kak ron...sorry tak banyak picca fon aku habis battery...;p


Yours truly,
-karbie-

Bila Aku Sesat di bumi sendiri

Memang Pak pandir la hari ni....aku balik office dah kul 730pm terus ke Bangi...nak pergi umah member aku. Dia dah elok bagi peta segala, bleh plak aku terlepas satu simpang....aku sampai ke Bandar Kajang ssegala...aku mmg fail la area2 mcm tu...dah aku masuk bleh plak aku tak reti nak kluar...gelabah biawak aku sensorang...dah la fon aku pulak nak habis battery...mau nye tak gelabah aku...padahal aku pusing2 memang dah area umah KAKRON pun...kul 915pm baru dia g amik aku kat Masjid UNITEN....dah jumpa aku,  kitorang convoy la pulak pergi ke arah seri kembangan amik lagi sorang member mangsa sesat jugak..adoooyaiii...sian KAK RON....dua2 ekor jenis tak ikut arahan..sorang ke hulu sorang ke hilir...hehehhe...

Aku ni memang jenis mudah lost direction...bukan je atas jalan raya...dalam shopping mall pun aku leh sesat...tu blum masuk bab aku lupa mana aku parking kereta lagi..haishhh....memang pak pandir la....KAKRON mmg GPS bergerak la....dia bleh bagi direction dari jarak jauh....

Pukul 945pm baru sampai TUPAI-TUPAI Bangi....nasib baik kedai tu tutup pukul 12.00 malam....so masih ada 2 jam untuk makan..


ps: tersenyum sendirian bila ingat balik peristiwa tadi..ada je benda pandir akan jadi kalau jumpa kawan2 aku :)

Yours Truly,
-Karbie-

Friday, February 10, 2012

Cari kerja bukan senang!!!

Zaman sekarang ke zaman dulu ke smua sama..nak cari keje bukanlah semudah siulan dipetang hari..tetiba buat perumpamaan bangang ;p

Kalau dah dapat interview buat sehabis baik...

Kalau orang tawarkan gaji tak berapa nak banyak jgn demand sgt terima je dulu..(Ala saya US grad hokay awat ciput benor gaji)

Kalau company tu suruh travel luar negeri ke luar negara ke sanggup je..nanti fikir lain :p

Kalau tempat kerja jauh dari umah, terima je

Kalau rasa kerja tu agak sukar pun terima je dulu..kita boleh belajar slow2


Sorang prof aku dulu slalu cakap..."grab ur first job...jangan sombong...jgn tolak rezeki..jgn terlalu demanding"..

Baru aku tau kenapa..dunia hari ini terlalu banyak persaingan sihat n tak sihat..;)

Rezeki Allah melimpah ruah..cuma kena usaha


Tips ni untuk orang susah, mak bapak tak kaya, harta pun takde, mcm saya je...utk yg ada harta tak sesuai tips di atas ;)



Yours Truly,
-karbie-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan nak salahkan takdir

Sharing  some great thoughts....











Time to Stop blaming people around you...Time to stop blaming GOD...It's Time to Take Action!



Yours Truly,
-karbie-