Tuesday, June 24, 2014

Aku sudah penat

Aku sudah penat dengan kerenah manusia
Aku sudah penat dengan persoalan dunia
Aku sudah penat menunggu yang tak kunjung tiba
Aku sudah penat dengan kisah dongeng rekaan manusia
Aku sudah penat dengan permainan sandiwara
Aku sudah penat dengan tikaman dari belakang bukan mata pedang
Aku sudah penat dengan janji manis
Aku sudah penat dengan sumpah setia
Aku sudah penat dengan kepura-puraan
Aku sudah penat untuk teruskan apa yang pernah aku mulakan
Ya aku sudah penat
Tuhan!!!
Tolong jangan biarkan aku penat untuk MEMBAHAGIAKAN pemilik kunci syurgaku, keluarga dan sahabtku sehingga terhenti denyut nadi terakhirku..satukan nama mereka didalam setiap doaku..sempatkan aku robb...

Thursday, June 19, 2014

A big thank

I'm so grateful to have you in my life...u know who u r...feel da love ♥♡♥♡

Nothing can change my love to u...yes u r my family & friends...u guys are pretty awesome...

Ada yang tanya "tak sunyi hidup single"? Sorry to say, i never feel lonely...malah penuh dgn rasa cinta yg sentiasa berbunga...semoga nanti yang datang juga akan turut sama merasa cinta biar siapa pun dia...sudah lama aku berhenti berdoa dapatkan pasangan setia dan sempurna..aku sudah serahkan bulat bulat pada pencipta..masa yang bersisa...aku mahu lakukan apa sahaja..melihat yang dicinta bahagia...sudah buat aku cukuo gembira..semampu keringat yang ada...;)

Sebarkan cinta kalau mahu menerima cinta..jadi pencinta yang setia kalau mahu dikasih dan dicinta...jangan berpura pura dalam menyebarkan cinta..panahannya mampu mengetarkan seluruh jiwa..tak percaya..coba ♥♡♥♡


Belajar memberi dan menerima...belajar untuk kongsikan apa yang kita ada..belajar untuk bersihkan hati dan jiwa dari sifat hasad...belajat utk terima kebahagian org lain..belajar utk terima kegagalan kita adalah dek kerna dosa 'semalam'...hati akan tenang..jiwa akan girang...belajar sorokkan kekecewaan dan kesedihan disebalik senyuman...ini bukan hipokrasi inilah didikan jiwa sentiasa mahu yang lain bahagia...sama sama kita coba ;)

yours truly,
-karbie-

Monday, June 16, 2014

Hari ini : 16.06.2014

Hari ini semakin meningkat usia semakin pendek hela nafas yang bersisa...masih sepertia biasa...harap semakin dewasa...matang dalam segalanya...semoga segagah soldadu menempuh pancaroba dunia...doakan aku juga ya...terima kasih buat ayah dan bonda...tak akan ada sebarang hadiah yang mampu membalas jasa kalian..


Jangan biarkan gambar bercerita kerna ini bukna konklusinya...aku kaget tak sempat foto foto dengan yang lain...
Hari ini mahu aku dedikasikan rasa cinta buat semua yang ada disekelilingku setiap masa...kalian adalah sumber inspirasi untuk aku kongsikan rasa cinta dari Illahi..setiap hari adalah hari cinta yang mahu aku raikan dengan sesiapa sahaja kerna kalian terlalu istimewa...tak percaya tak mengapa..kerna sememangnya aku tak pernah luah dengan bicara...tapi sering aku selitkan dalam doa kerna itu yang paling laju panahannya...sampai terus ke jiwa..tersimpan erat di dada...sungguh kalian terlalu istimewa...


Istimewa dalam diam mahupun bicara..dalam tangis mahupun ketawa...dalam tidur mahupun jaga...tidak goyah walau di hunus dengan kata..tidak tumbang walau penuh dusta...kerna kalian adalah nyawa..yang aku cinta sampai bila bila...biar pemisahnya, saat roh sudah tidak dikembalikan pada jasad hamba...


Mahu saja aku ceritakan setiap detik kita bersama...buatkan aku sering hanyut dalam imaginasi sehingga menghentikan jemari dari terus menekan papan kekunci....hebat rasa ini...sukar untuk aku kongsi...rasa yang sering mencabar intuisi..


Terima kasih buat setiap batang tubuh yang terlibat..lansung mahupun tidak..kalian sudah aku satukan dalam jasad...setiap relung nadi sudah aku pahat..rasa cinta yang tak akan pernah berpisah dari jasad...biar tsunami melanda hebat...tak akan berubah walau sesaat...kalian adalah keluarga dan sahabat...yang sering menjadi penguat semangat...


Ni mmg misteri kehadiran dia ni...aku dah tak ingat dia sebenarnya...apa aku panggil dia pun aku lupa...aku belasah je tu...terharu ada org kata aku baik..lepas 19 tahun...memori aku mmg haramjadah...tolongla tegur aku kalau aku tak tegur korang suatu hati nanti ;p
Aku tak mampu utk menyentuh setiap hati memohon maaf andai ada yang terluka..tolong ingatkan aku andai aku semakin leka...tolong sedarkan aku andai aku sudah jauh dari agama..tolong jangan pernah tinggalkan aku dalam apa jua...tolong doakan aku juga ya ;)


Ukhwahfillah abadan abada... 

Friday, June 6, 2014

Jom hafal Al-kahfi 1-10

Mai pakat hafal...jadikan amalan setiap hari lagi bagus...10 ayat sahaja tak banyak...

Lirik lagu bleh hafal kan?? Dok eh bukan nak kutuk..kalau lirik lagu bleh hafal maka nya ayat Allah mmg bulih sgt la nak hafal...Allah dah jelaskan dalam al quran dimana ia berbunyi "dan sesungguhnya kami mudahkan al quran untuk peringatan& pelajaran" 54:22

Meh nak bagi tips nak hafal...

Ulang ayat dengan melihat mashaf sebanyak 40 kali..
*kemudia cuba hafal tanpa melihat mashaf
Once dah hafal ulang lagi sebanyak 40 kali..
Bawa dalam solat...walau satu ayat no hal punya ah..sekalipun ayat itu hanya ya siiinnn...
*maknanya dalam solat dah ulang 10kali kan
So sehari dapat la hafal satu ayat..
10 hari insyaallah bleh hafal 10 ayat..

Jangan bagi alasan otak lembab la..dah tua la..banyak dosa la...jangan jangan jangan..yakinnn..pasak dalam hati..bolehhh hafal ayat Allah ;)

P.s: coba ok..semoga next friday dah bleh hafal 10 ayat pertama dari sirah al-kahfi ♥♡♥♡


Thursday, June 5, 2014

Foodies

Memang saja post gambar makanan so that lepas ni kalau tak tau nak makan apa bleh jadi post ni sebagai source of reference...haaaa...sapa kata takde guna post gambar foodies..ada wooo

.time time korang gaduh laki bini tak tahu nak makan apa kan..belek semula album lama lama yg kau berselfie dengan makanan yg kononnya lazat tuh...

Yang mengandum mintak maap awal awal la nooo..jgn mengidam pulak..hewheehee....

Love ♥♡♥♡

P.s: post makanan dan percutian akan melebihi post bersukan lepas ni..sebab penulis diserang sakit pinggang harap bukan slipdisc...doakan ok...huhuhu...rindu nak run semula senanya...tp redha je dgn ujian allah nak bagi kan ;)