Wednesday, March 21, 2012

Kerana Mulut Badan Binasa!!!

Ni ayat zaman nenek aku dulu ni..zaman sekarang kerana mulut orang semua lari...kerana mulut mampos kau aku kerjakan..kerana mulut bawa maut...kerna mulut hilang saudara@sahabat etc...


Wah bahaya betul mulut ni ye dok..."sesungguhnya lidah itu lagi tajam dari mata pedang" aku rasa salah ayat ni..tp lebih kurang mcm tu la ayat dia ;p

Apa kes ni kerna mulut nih??? Jenis orang yang tak sayang mulut...bila rasa nak mengata dia main kata je...dia rasa tak puas hati dia lantunkan je suara dia yg tak merdu tu..caittt...

Tuan cantik mulut serupa itik...auuwwww...kadang2 bila terlalu lancang berbicara kita lupa kata2 kita tu menyinggung perasaan sesetengah pihak...sebab tu orang suruh fikir dulu sebelum cakap...jangan main cakap je...

Contoh ayat menyinggung :

"Teruknya result SPM kau..kau tak study ke??"

"kenapa hitam sgt anak kau ikut sapa ni"

"Kau ni dah kawin 5 tahun kenapa tak dapat anak lagi??mandul ke??"

"La kau duduk rumah mcm ni je?? Cari la rumah besar sikit"

"Tak sedap la kuih kau bg semalam rasa mcm lipas"

"Blueekkk tak sedap la kedai kau bawak aku makan ni"

"Suami ko tak de gigi hodohnye"

"Eh kau makin gemok mcm badak sumbu gemok"

Dan bayak lagi contoh2 yang boleh menyinggung perasaan org lain...belajar jaga hati orang lain,Allah akan jaga hati kita iAllah...

Bila usia mengajak dewasa, ada ketika hati mudah tersentuh...nak bergurau biar kena tempat...nak mintak tolong biar ada adab...nak bertandang biar di jemput...nak menyapa biar di sambut...


P/s: Tak banyak cakap lagi senang...habis teruk pun orang kata kita sombong jew :p


Yours Truly,
-karbie-

No comments: