Showing posts with label Holy_day. Show all posts
Showing posts with label Holy_day. Show all posts

Sunday, October 4, 2020

The Chowkit Hotel

Play tourist kali ni...dalam dunia kalut dengan covid19 kami pon kalut jugak cuma kekalutan kami senantiasa berjaga jaga...jangan ke tempat sembarangan, ramai orang, sesak etc.

Makanya aku n ej pilih utk try menginap di The Chowkit Hotel...lokasi yang strategic for me...Hotel yang lawa i love it and paling best ada port makan yang semopi seperti Kudu, Little Rara, yaseem...Kudu n yaseem kedai nasi kandaq masyhur la...aku bukan penggemar nasi kandar tapi rasa la teringin nak coba setakat nasi dengan ayam apa ada hal kan 🤣


Dalam kul 3pm we all amik grab ke Tapestry...ermmm biasa2 jugak food dia tapi tempat dia lawa la utk tujuan photography



So overall Hotel ni best sebab price dia masih best akibat covid ni ...makanan dia pon best..

Bilik kat sini Minimalist tapi selesa

Parking dia dekat je dengan hotel RM15 satu malam

We all try makan petang n breakfast kat sini...Breakfast set u boleh bilik so we all pilih nasi lemak n fresh toast not bad ...sedap i bagi 4.5 star u all should try musang king custard 


Nightlife kat sini nothing much we can do, sebab we all agak kurang selesa dgn environment sekitar 🤣 so endup we all order grab gongcha je n naik semua bergolek kat bilik je

Sebelum balik nak p tapau Kudu tapi Kudu tutup so we all ke Yaseem je la tapau...nasi dia biasa2 je bukan selera aku

Monday, February 11, 2019

Bukit Keluang - Pulau Rhu

Citenya pagi ni opa ajak g cari nasi dagang kat kuala besot...pergi2 kedai yg dituju tutup...so memutor la area situ jumpa satu kedai sedap jugak nasi dagang dia...lepas dah kenyang makan opa tanya nak g bukit keluang tak bergambar tepi pantai so kami ok kan aje

Sampai bukit keluang ramai plak gang2 hiking baru turun so ej kata nak hiking...opa pon setuju....letak oma tempat yg selesa kami naik la separuh je pon dgn pakaian tak sesuai nak naik bukit..oma mcm biasa terlebih cakna siap beli 2 botol 100+ takot anak dia dehydrated...masalahnya separuh jalan je naiknya ..bila kami turun tanya oma mana opa (anak tak lehbhilang bapak)...oma kata tepi pantai..kami pun bergegas tepi pantai nampak opa tgh borak dgn sorang mamat ni..rupanya dia sedang jual pakej ke pulau rhu...so disini la bermula perjalanan kami tanpa di rancang ke pukau rhu 

Opa : awak nak g pulau  rhu dalam 15min sampai la ..bergambar pastu balik la..laut tenang ni
Kami : krik2 memikirkan pakaian tak sesuai tp dalan hati ini peluuang...bukan senang opa nak bagi ke pulau  so kami setuju..


Opa pon hatar kami ke persisiran utk naik boat dan dia bawak kasut kami ke kereta...ye pa dengan kasut nak naik boat camno..jalan la ketik2 atas pasir panas ke boat.. 


 


 
 
Hurmm sementara masih ada bapak yang penyayang...digantikan dengan suami yg penyayang...dua dua adalah pinjaman yang akan di ambil bila2 masa


30minit total perjalanan kami sehingga balik semula ke darat 3 kali opa call ..dah tu ko rasa mcm mana aku nak ke perhentian 3hari 2 malam 藍藍

saja nak bg tau pic lawa ni smua aku amik guna howei aku....nak harapkan ip ej cap ayam pic ;p

Wednesday, February 7, 2018

Bangkok Short Getaway 2018

Gigih naik train nak ke hotel...sampai last stop ni aku terus ajak heam amik grab ah ke hotel sbb tak tau jalan nak ke hotel camne...kita survey dulu camno..nasib amik grab sbb takde escalotor/elevator nak turun (or maybe aku tak jumpa)
 
First tomyam halal kat MBK..yana halal restaurant....

Sedap ke? ala tomyam rasa tomyam la takkan rasa ikan tiga rasa plak...toksah la duk tanya pelik2 centu aku tak leh nak jawab
Bukan nak amik betis dia nak amik cafe hipstur tu ha...toms toms coffee...
So mmg tak akan makan la kan fast food kat thailand
Sedap gak cheese ice cream ni kat Siam Paragon
Morning walk jalan pergi pasar babi eh silap pasar pagi sambil bawak secangkir kopi
Penat jalan singgah pekena foot massage satu kali
Banyak gila hipstur cafe satu apa pon aku tak masuk...next time la noh
 

Mango Garden  

Wajib pergi ni kalu p bangkok,,,Mango Garden...tapi dengar kata nak bukak kat malaysia dah...so tunggu je la makan kat malaysia
Mango smoothie wihtout sugar
Aku pakai baju Kuala Lumpur ada lagi mai cakap siam dgn aku....muka siam apa ke
Aku order ni bukan nak makan pulut mango tapi nak makan mango dengan santan je....pulut aku tolak tepi...biasa la jenis bedengung ni bukan betul sangta order lain nak makan lain....takkan aku nak order pulut manga tak nak pulut mcm pelik plak bunyi dia....;p
Jim Thomson cafe...lepas heam shopink handbag dapat voucher so masuk ah jim thomson cafe ni...
Vegan Popiah
Halal ke? dop eh tak halal cuma dia tak serve pork...so aku gagah lagi ah order nasi goreng seafood....


Malam makan royal india...halal ni halal....halal pun makan sayur je la..hhahahahah
Sebab breakfast dia banyak babi so ni je la kau makan hari hari....aku ni penggeli bukan pada jaga halal haram sgt pon tapi jenis mudah melugai....telur pon aku geli gak ah nak makan..heam ok je amik je la scramble egg...sempoi bleh duk tempat org ah kira....aku ni jenis village skit...hari last aku nak sgt makan telur aku mintak halfboiled egg...dalam kulit kira ok lagi la kan hewhehewew
Penin tak dapat ayam tiga hari
1001 jenis sampah sarap aku mintak pulut durian letak santan je jangan letak benda lain...again village people tak reti makan kalerful centu

Tuesday, September 19, 2017

Holiday @ Lato Lato Resort

Antara perairan tercantik yang pernah dijejaki...dulu aku sangkakan andaman sea adalah yang paling cantik rupanya silap tak payah guna passport pon untuk melihat lautan yang jernih hingga menampakkan hidupan di dasar lautan..maha suci tuhan yang menciptakan setiap keindahan tanpa tafsiran

Lato lato resort adalah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam...layanan yang superb dari staff sama ada tukang masak mahupun pembawa boat smuanya sangat memudahkan setiap pergerakan..resort yang dikelilingi air dan pasukan keselamatan 360°...tinggal kau terjun sahaja dari mana mana sudut ini antara percutian yang aku impikan dikelilingi air yang selamat utk aku terjun dari setiap arah...dikelilingi pool semula jadi ciptaan Illahi..paras air yang sesuai utk melakukan terjunan tidak terlalu dalam dan tidak jugak terlalu cetek hingga kau perlu berjalan guna kepala lutut dalam air


Mahukan keselesaan hotel lima bintang mungkin ini bukan tempatnya...tapi jika kau mahu menjiwai setiap nilai estatika alam semesta ditengah lautan nan biru aku berani beri jaminan disini adalah antara yang terbaik...kependudukan yang tidak padat...resort yang hanya memuatkan 30++ pengunjung pada satu masa..keselamatan insyaAllah terjamin..makan minum terjaga 3-4 kali sehari...dapat mencuba hasil tangkapan laut yg tak pernah aku cuba selama hampir separuh abad dipinjamkan nyawa..oh yes buat yang cerewet utk makan disini bukan tempatnya jugak..bawak la maggi ke lauk pauk dari bandar ye..antara ikan yang agak rare yang aku cuba adalah ikan todak/baraccuda masak merah...bagi aku ikan tetaplah rasa manisnya ikan..nak nak fresh dari lautan...aku hanya seram kalau kepala ikan dah macam biawak or ular contoh ikan keli..itu belum tentu aku bleh makan..yang lain insyaAllah takde masalah lah bagi aku

Antara pengalaman yang tak dapat dibeli disepanjang kehidupan ini...semoga berpeluang untuk diketemukan lagi dengan keindahan sebegini..

Merasa dikelilingi lautan
Merasa hujan ditengah lautan
Merasa makan hasil tangkapan fresh tak kena ais
Merasa memegang starfish sebesar telapak kaki aku
Merasa menunggu matahari terbit dari ufuk timur
Merasa utk melihat kehidupan bajau laut
Merasa berpanas tanpa AC tapi dibantu dengan deruan angin asli tanpa henti
Merasa luatan tanpa ombak
Merasa melihat pelangi di tengah lautan
Merasa makan ikan todak
Merasa tiada gangguan , hanya aku dan laut biru
Tak dapat aku kongsi dengan kata apa yang aku rasa satu nikmat yang luar biasa semoga masih diberikan masa untuk terus merasa...

Kos keseluruhan :

Flight to Tawau : RM 560

Penginapan 3d2n : RM 500/pax
-Airport transfer
-Boat transfer
-Makan 3x sehari
-Free flow hot drinks
-Unlimited Snorkeling
-1 Day island hoping

Tawau airport - Semporna Jetty = 1 hour +
Semporna Jetty to Lato Lato resort = 45 minutes

Tips :
-Sediakan Aqua Shoes sebab tempat ni banyak sea urchin / landak laut
-Sediakan sun block bagi mengelak kehangusan kulit muka
-Sediakan powerbank sebab bekalan elektrik hanya dari jam 6pm-6am
-Kalau rasa nak makan lauk extra untuk makan malam boleh mintka staff belikam contoh sotong/crab..hanya RM 25 per kilo...nanti mereka boleh belikan dan masakkan...


Jetty Semporna
Starfish bersepah depan resort
Penyu dini hari sambil tunggu sunrise
Pelangi selepas hujan
Fresh Crab
Sambutan Hari Malaysia & Birthday Kak Sally
Lato Lato Resort
Mataking Kecil
Timba Timba
Sunrise @ Lato Lato
Donut wajib coba...gebu2 manja..hidangan minum petang
Hujan Lebat
Crystal Clear water
Budha Nyenggeng aksi wajib
Habiskan masa tanpa smart phone..terasa bahagia walau seketika
Antara hidangan simple & Sempoi