Tuesday, October 4, 2011

Don't be SAD



Red is the ultimate cure for sadness


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


Sedih ke happy ke semuanya dari ALLAH....


Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Don't cry

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kalau kalau tiba2  hilang rasa cinta, mungkin kerna kita kurang mencintai DIA.

· Janganlah menangis kalau anak2 diuji dengan ujian hebat, mungkin kerna dosa2 silam yg telah kita lakukan.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Jangan menangis kalau kita kekurangan wang, mugkin kita selalu boros ;p

 · Janganlah menangis kalau suami berpoligami, kan DIA telah tetapkan lelaki boleh kawin 4 (jika mampu)

So kesimpulannya, jangan la menangis je kejenye bila ditimpa musibah mahupun diuji Allah...DIA yang menguji DIA juga yang tamatkan ujian tu...DIA maha tahu...jgn bazirkan air mata...mahal tahu our tears tu...dont be silly nangis tak tentu pasal apa lagi nangis sebab gaduh dgn BF..sgt menjengkelkan...hahahaha...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
-reminder untuk aku-

Yours Truly,
-emptysoul-


No comments: