Monday, July 18, 2011

TQ Allah I'm still breathing

Tiap detik & saat kita belajar tentang kehidupan.Kita merangkak dalam onak dan duri..lopak dan becak...tp tidak semuanya bisa dielak...kadangkala dalam ketidaksedaran,langkah kita tersilap aturan.....Ada antara kita yang mahu membersihkan kotoran itu dan jadikannya sebagai pedoman dan ingatan agar lebih berhati-hati pada masa hadapan & ada pula yang tidak ambil hirau,meneruskan perjalanan dengan palitan kotoran yang tidak dibersihkan.

Segala panduan dan pedoman telah diberi olehNYA seawal penciptaan,seawal hirupan nafas pertama kehidupan.Terus mencari jalan akhirnya, tp belum tentu kita temuinya..

Tiada sesiapapun yang inginkan kemarahan & kesedihan.Siapapun tidak mampu bersugul di sepanjang perjalanan kehidupan kerana ia amat perit dan memenatkan jiwa raga yang amat terhad batas kemampuan.

Jelaslah,KEINDAHAN itu perlukan KESUKARAN yang bukan sedikit untuk diikhtiarkan.Alhamdulillah,kita masih ada peluang & ruang untuk membuat PERCATURAN.


Selagi kita punya NYAWA denyut nadi yang masih belum tamat tempoh pinjamanNYA. Selagi kita masih diberi peluang utk menumpang di atas bumi milik NYA, mengapa harus diperlengahkan.
Apa yg perlu ditunggu .Jangan persiakan masa dan usia yang diberi.Ayuh sama-sama kita cari "sesuatu" buat bekalan yang bisa kita bawa ke "sana" nanti.

Salam sayang untuk semua yang masih bernyawa..sekadar ingin ku kongsi buat ingatan bersama...

HambaNYA yang sering lupa dan alpa,lalai dan gemalai


No comments: