Wednesday, July 13, 2011

Orang Kata

    • Orang kata mimpi tu mainan tidur..tp bg aku kadang2 mimpi tu beri kita peringatan dan kadang2 mimpi tu sebagai petunjuk..ini tidak bnermakna kita perlu mempercayainya 100%..sekadar peringatan untuk diri sendiri..

    • Orang kata perkahwinan itu satu nikmat..tp bg aku nikmatnya perkahwinan jika disulam dengan iman dan taqwa kepada Allah..jika ia hanya sebuah perkahwinan yg di sahkan degan akad tanpa iman didada segalanya akan jd huru hara..runtuhnya institusi kekeluargaan kerna kerakusan manusia itu sendiri..

    • Orang kata ilmu(cert) menjamin masa depan tapi bagi aku ilmu hanya tertulis diatas sekeping kertas yg tiada bermakna..jika tidak kita selami dgn usaha...hanya yg berusaha pasti terima habuannya..disini dan disana...sesungguhnya ilmu Allah terlalu agung dibanding ilmu manusia..hanya dihujung jari sahaja..

    • Orang kata anak itu anugerah terindah..tapi bg aku segalanya terpulang pada iman yg kita suntik didada anak itu...jika kita didik anak itu dgn kemewahan dunia dan wang ringgit, manja yg melampau sudah pasti waktu dewasanya dia lupa akan asal usulnya, mula menjadi anak derhaka...anak yg berani melawan..anak yg sanggup tinggikan suara terhadap ibu bapa yg susah payah membesarkan mereka dgn kasih syg..

    • Orang kata jadi dewasa ni best..boleh buat apa kita suka..tp aku nak kembali kezaman kanak2..aku tak nak fikir pasal kerja..pasal duit..masalah keluarga..masalah tempat kerja..yg paling best adalah bila aku menangis sedih kecewa pelukan ibu menghilangkan segalanya...tp bila dewasa tidak semudah itu rasa sedih, kecewa,marah itu akan hilang..makan bulan dan tahun..masih disitu rasa itu..

    • Orang kata solat tiang agama..tp aku masih lalai akan tanggungjawabku sebagai seorang islam...ini wajib aku ubah sebelum 'saat' itu menghampiriku..

    • Orang kata kalau ckp merapu ni nak mati..heheheh..tak la sekadar mengingatkan diri aku yg hina ini je...
     Salam
    Empty soul 

No comments: