Sunday, June 28, 2015

Terlajak sahur padan muka

Keadaan paling haru bulan puasa bila kau dah plan nak sediakan juadah sahur yg agak luat biasa daripada biasa biasa..sebab biasanya ko bgn 20 minit sebelum azan subuh ko togok air dan telan kurma dengan bijik sekali je...tapi malam sebelum kejadian kau plan nak masak ala2 mat saleh celop...english brrakfast katanya..

Sekali kau tersedar dengan berkobar nak masuk dapur tgk jam dah pukul 5.45am...menangisss tak berlagu..bijik kurma pon ko dah tak sempat nak telan..

Mujur lah di hati kejadian adalah hari cuti..kalau tak mahu meroyan aku dibuatnya..lepas solat subuh terus hempap badan ke katil sambung tdo sampai kul 11am...bangun kul 11am teman kakak aku p beli baju raya..by 1pm dah sampai balik umah bukan apa takut diserang  dahaga yg melampau...

Mengangkang depan TV layan andorid box je lah jawabnya...nak tunggu lagi 6 jam baru bleh minum air...

Sebelum masuk jamban ko sempat lagi jeling dalam peti tgk hotdog tergolek air sebalang aduhhhhh sakitnya tuh disiniiiiii 😓

No comments: