Rasulullah
(Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati
dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas
pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir,
datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka
boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
"Dia
adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga."
Selepas
itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah
Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang
nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas
soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul
A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi
bauan kesturi
Rasulullah
(Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan
Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun
dari nabi atau malaikat.
p/s: Tak pandai mengaji tak mengapa, masih ada masa, ayuh kita belajar sama2 ya...
1 comment:
ayuhhh kitak
Post a Comment