Wednesday, January 30, 2013

Favorite apps tatkala sepi

Antara fav apps yg wajib aku jelajah setiap pagi bangkit saja dari beradu...peneman setia dikala sepi melanda...cukup sangat cukup seharian bersama apps ni..sunyi jauh sekali dengan kehadiran teknologi ;) 


Susunan dilaman pertama cukup bermakna..'teman' yg sentiasa ada didalamnya..



  • Nak tau sapa mati sapa kawin sapa beranak sapa bercerai mahupun nak stalk kekasih gelap check la laman muka buku..
  • Rasa inginkan motivasi yg tinggi dalam apa jua bidang yg diceburi layanilah TUMBLR..
  • Rasa nak mencarut mahupun tak puas hati dgn diri sendiri luahkan saja di twitter..susurmasa yg laju payah org nak terasa..
  • Bosan sendirian rasa nak chat facebook messanger sahaja..pasti ada satu dalam seribu yg mahu membalasnya..
  • Rasa ingin mendengar suara manusia call saje melaui viber malah ketika rasa rindu utk melihat wajah keluarga dah sahabat yg tercinta boleh la ber'tango' bersama..video call sampai hilang rasa itu..
  • Rasa ingin luahkan perasaan utk dikongsikan di masa depan layari sahaja diari peribadi yg bisa dikongsi dengan dunia..buat tatapan dihari tua selagi kau masih dianugerahkan pancaindera bernama mata yg fungsinya masih sama.berbloglah sampai kering tinta dihujung pena;)
  • Bosan dihari minggu layani sahaja GSC mana tahu ada movie baru utk ditonton sendirian itu bukan halangan buat looser seperti aku ;)
  • Malam yg sepi disepertiga malam kau mula rasa sunyi dgn dunia sekeliling.saat kau sudah bosan dgn cerita rekaan manusia....maka bukalah kalam DIA.. tiada yg benar melainkan yg benar belaka 'cerita2' Nya..baca 'cerita2' didalamnya hingga terlena...jangan pandang aku sebelah mata..iquranpro adalah apps fav aku juga.lengkap terjemahannya...'dinyanyikan' pula oleh qari2 hebat..tenang mendengarnya...menjadi halwa telinga  sampai aku terlena ;)


P/s: boleh dipraktikkan buat yg sudah berkahwin,duda mahupun janda, atau sesiapa sahaja yg kesepian.jauh lebih baik dari berpeleseran bukan ;p

No comments: