Saturday, May 23, 2015

NAFAS

Hela nafas yang bersisa

Aku mohon dari dua tangan yang hina
Maafkan segala dosa
Yang aku lakukan dengan sengaja mahupun sebaliknya
Sudah semakin tua
Rasa seperti semakin singkat masa
Rasa seperti lagi sehari dua bersisa
Dengan manusia salahnya hanya manusia mampu selesaikannya😯
Merangkak mencari jika tidak selesai saat di dunia
Dengan tuhan lain pula kiraannya
Tapi masih seronok melakukannya 😢😢

Sekali lagi dengan kedua tangan yg hina dina ini
Aku ingin memohon beribu kemaafan kerna sering menyakitkan
Kamu kamu dan kamu
Selama mana punya hati tolong maafkan aku ya
Aku sudah maafkan dan halalkan segalanya
Terima kasih buat segala pinjaman sementara
Terima kasihs buat masa dan cinta

😍aku sayang semua😍

Yours truly,
-hamba pendosa-

Wednesday, May 20, 2015

PEKAK

Tak boleh lah nak terima andai ada lebih pada yang lainnya...kitalah yang paling sempurna tanpa dosa..seperti kitalah jaminan syurga yang mata air mengalir di bawahnya...kalau macam ni gaya cakap la apa tak akan masuk telinga apatah lagi nak diserap ke jiwa..keras hati manusia..pekak telinga buta mata..mati jiwa buta mata hati nya...payah nak terima..lama lama makin hilang seri pada wajahnya..penuh dengan hasad dan tak puas hati dengan segala yang kita punya...

Tenanglah wahai jiwa..

Lihat sama kiri kanan atas bawah apa yg kita ada...bersyukur atau sebaliknya...sudah sudah la memikirkan perihal manusia...manusia tak mampu beri bahagia..haiwan kadang kala lebih beri kita bahagia...kucing misalnya..gurau gurau saja..

Aku nukilkan masalah aku sebenarnya...kalau terkena jangan mudah terasa..aku manusia sarat dosa..kalau mati sekarang barangkali nerakalah tempatnya..aku doakan para pembaca semoga sentiasa dirahmatiNya..kalau mahu bahagia doakan yang lain juga semoga terbit hati yg penuh dengan rasa cinta ...
Aku sayang semua

Monday, May 18, 2015

Weekend Gateway @ Avillion PD

Tumpang orang je lah mampu p tempat macam ni..nak harapkan aku mmg tak lah..


Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati setiap sen yang diperolehi...banyak biar berkat..sikit pun biar berkat...tak de keberkatan maka tiada kebahagiaan..kalau rasa kurang berkat maka banyakkan infaq ☺☺

Sunday, May 17, 2015

TUA

Sudah terlalu tua untuk perkara terlalu remeh

Patah tumbuh hilang berganti

Keputusan dibuat dengan akal dan pemikiran yang waras bukan desakan insan mahupun pengaruh emosi

Bodoh rasanya meletakkan manusia sebagai sandaran...hakikat insan tak akan kekal..tak ada penyelesaian kalau tak serah pada tuhan...bukan ayat orang alim tapi ayat kebenaran selama mana merasa diri insan...biar sejahil mana...biar iman setipis kulit bawang..tapi hakikat insan adalah tuhan sebagai sandaran

Usah diperbodohkan dengan hawa nafsu
Usah diperbodohkan oleh emosi 
Usah diperbodohkan oleh manusia
Usah diperbodohkan dengan pujuk rayu
Usah diperbodohkan dengan wang ringgit
Usah diperbodohkan dengan ayat cinta

Cari apa yg sebenarnya mahu dicari sampai jumpa hakikat diri

Tenanglah wahai jiwa

Kembalilah dalam keadaan tenang setenang tenangnya

Thursday, May 14, 2015

Dari sahabat untuk sahabat

Aku menasihati bukan lah kerna aku sempurna jangan pernah salah sangka...andai dihitung dosa nescaya nerakalah tempatnya...

Aku perpesan hanya kerana aku kasih dan cinta...menyampaikan apa yg aku tahu tapi tak pernah aku amalkannya..itu antara tanda gila...ilmu didada tak amalkannya itu kerja gila...

Sungguh aku mahu lihat kamu bahagia...bahagia dalam apa situasi dan cara...bahagia saat di dunia mahupun di sana...tolong doakan aku juga ya

Tangan ku tak akan mampu memulihkan keadaannya...akalku tak mampu mencerahkan jalannya...tapi hati ku..ya hatiku sentiasa meminta dipermudahkan segalanya...kerana sungguh aku cinta...tak perlu letakkan rasa percaya..kerana aku hanya manusia dusta...tapi jangan pernah lari jauh dari aku, takot aku tak kuat lagi utk menghambat jasad andai tersungkur

Satu aku pinta...jangan pernah letak kebergantungan pada manusia...letaklah segalanya hanya pada DIA...wallahi aku cinta kamu kerana DiA..terima kasih buat pinjaman sementara

Monday, May 11, 2015

Learn to live

Belajar mencintai bukan membenci
Belajar menerima bukan mencela
Belajar bertanya bukan menuduh
Belajar bicara bukan menengking
Belajar selesai masalah bukan lari dari masalah
Belajar menerang bukan menyerang
Belajar berubah bukan hanya mengubah
Belajar jangan pernah henti
Kita manusia akal dungu hati mati ☺☺

Syurga

Hari yang mengingatkan aku akan jasa dia..maaf aku bukan anak sempurna tak mampu utk aku kenang jasa ibu bapa setiap masa..sekadar doa buat mereka 5 kali sehari sahaja...belum mampu membalas segala jasa..jadi di hari yang sering di haramkan untuk menyambutnya, buatkan aku teringat kembali akan setiap pengorbanannya itu sahaja ☺

Dia syurga..aku kamu dan dia...doa mereka panahannya tepat ke jiwa..jangan derhaka jaga bicara...kata nabi redha tuhan dengan redha mereka dan sebaliknya...saat bertimpa ujian cuba renung bagaimana hubungan dengan ibu bapa..antara perkara yg sering kita lupa ☺☺

Terima kasih tuhan kerna pinjamkan mereka yang ntah hanya mampu bertahan sampai bila ☺

Tuesday, May 5, 2015

Untuk Dia demi cinta

EJ nak sangat p pulau...biasa nya aku gi pulau tak bawak dia..sbb dia ni pemabuk...tapi not bad utk pertama kalinya p pulau dia tak mabuk..aku pulak yg melugai...lulzzz

Cobaan pertama berjaya so next time bleh la bawak p pulau...tapi dia bukan lah hantu air macam aku...tetaplah aku yang mendugungkan diri sendirian tanpa berteman...harap berpuas hatilah dengan percutian tak seberapa kita nih eh...

Bahagia dan membahagiakan..berkasih sayang dengan penuh kasih sayang...mencintai dengan penuh rasa cinta...sebelum nyawa di ambil tuhan inilah masanya...

Andai aku pergi usah dikenang segala yang jahat mahupun yang baik...cukup sekadar maafkan dan halalkan segalanya dan doakan sentiasa atas nama cinta 😄



-Aku sayang semua-

Mood swing

Bila dah habis percutian kau pun mulalah sakit segala yang tak sakit...gatal segala yang tak gatal..garu tempat tak gatal...gosok tempat tak sakit...sambil baring selak selak gambar dalam fon sambil tersenyum sorang2...macam macam gaya dan aksi masa p bercuti..pilih gambar yang paling cun nak masukkan dalam instagram...sambil setiap 5 minit kau check nak tgk berapa juta like kau dapat...dunia adalah dunia...nak dunia dapat dunia dan sebaliknya...yang nampak dilihat dengan mata bukan yang nyata senyata nyata...ragam ahli dosa...
**aku lah bukan kau, tak payah nak mencebek sangat lah...kau ahli syurga yang mengalir dibawahnya mata air 😀😀



KRABI 2015 Part 3

Nah...selaku anak hantu air ni part yang paling win bagi aku...tak bagi aku makan tak mengapa tapi jangan tak bagi aku main air...

Tolonglah buat ayam tua macam aku tak payah la nak amik longtail boat nak ke pulau ni...amik lah speedboat...aku tgk longtail tu pun rasa melugai dah...yg naik speedboat ni pon huyung hayang la jugak aku yg hantu air ni...*cuba salahkan boat walhal tuan diri sudah senja dimamah usia**



Aku tinggalkan gambar supaya korang cemburu...mmg ada riak takabur dan menunjuk disini...terimalah seadanya...kalau bukan nak menunjuk haruslah aku simpan dalam image folder phone aku sahaja lulzzz





Kehijauan air yang memukau pandangan...jiwa yang resah bertukar tenang...hati yang gundah merasa senang...tiba masa dah, untuk pulang...Datanglah bila bila senang 😀

Balik hotel terjun pulak pool....anak dugong mmg macam nih lah





KRABI 2015 Part 2

PAktiviti air bermula seawal 800...
White water rafting katanya...pinggang tidaklah sehebat dahulu..tapi digagahi jua dengan lafaz nama yang satu 😅

Dengan arus laju di sungai berbatu diredahi tanpa rasa ngilu...maaf tiada foto melainkan yg hiasan...camera haruslah tak bersatu dengan sebatang tubuh dikala merentas arus...biar nyawa dr tubuh tergadai tapi bukan sebuah telefon itu nyawa kedua manusia dusta 😀

 Lepas penat di lambung arus kami memberati belakang sang belalai pula..bukan sang belang...aktivit ni sangat menjengkelkan...bau yg tak tertahan..gajah ni mmg hobi nya suka berak...sambil jalan pun berak duk saja pun berak...berak je la kejenya..sapa suka berak mmg spesis gajah lah...

Maaf tiada gambar gajah...sebab aku kat atas belakang gajah...tak kan nak suruh aku selfie ngan gajah pulak...menonggeng karang aku 😀😀

Pulang ke gagang dengan ketiak nan basah...panas satu macam...malamnya makan dan urut lagi lagi lagi dan lagi...dtg thailand tak urut mmg gila namanya







KRABI 2015 Part 1


Tiba di kepulauan dengan ketentuan...terima kasih tuhan

Jam 7.30 am waktu tempatan sudah terpacak di krabi airport..pertama skali cari dulu simcard thailand utk tujuan koneksi jalur lebar...dengan harga 200 bath sudah mampu memiliki satu sim card dan unlimited internet utk 3 hari...cukuplah utk berhubung dengan kaum famili

Untuk tujuan transport dan package kepulauan sudah di booking dari malaysia dengan harga 4100 bath/RM 410 seorang...bunyi seperti mahal tapi sesuai utk yg lanjut usia seperti kami bagi elak chentoom menchentoom dek kerna keenatan..so uols kalau nak amik package aktiviti air mmg bersepah sepanjang Aonang ni...tinggal rajin or malas je nak jalan dari satu kedai ke satu kedai..

Sampai hotel jam 900 am terlalu awal nak check in belum boleh...so ambil keputusan sewa motor dari hotel 24hrs/280 bath...boleh la ronda ronda cowboy town ni bawak kakak aku jalan jalan...seronok jugak dah lama gila tak bawak motor ni...motor aku pilih yg cun lah baru semangat nak bawak lulzzz



Destinasi pertama p cari foot massage..dengan bayaran 300 bath bleh urut kaki sejam belakang 30 mins...pergh malasyia mana nak dapat oiii...suruh org buta urut pun mau 40 hengget sejam 😂
Masa urut ni ada peristiwa aneh...masa tukang urut nak urut belakang aku siap siap cakap pinggang aku sakit dengan harapan dia tak tekan la kuat tang pinggang...tiba tiba dia tanya "pain here" sambil gosok pinggang aku perlahan2..aku angguk je lah ...tiba2 lama plak dia gosok pinggang aku dgn mingak panas n sesekali aku dengar dia baca mentera natang po ntahhh pasti fiuuuu dia tiup kat pinggang aku...amboii bomoh aku ke apa lulzzz...but not bad la lepas irut rasa lega pinggang aku..bukan lah percaya mentera dia harus lah ketentuan yg maha kuasa dengan izin dia ..

Lunch kami p cari banana pancake..halal food krabi ni bersepah tapi lihat lihat la jugak bukan main redah...kami stop tepi jalan ni makan pancake yaminlah sedap pancake makcik ni uols mai krabi wajib try ni...terletak depan police tourist okeh..
Dah kenyang makan balik hotel terbongkang sampai petang...

YAMINLAH Pancake


Aktiviti malam p polish kuku katanya lepas polish kuku p basuh rambut...ntah ke apa ada xtvt kecNtikan macam ni..smua benda nak org buat rasa bila bercuti cam ni lulzzz...murah murah ke dalam 20 hengget kita camtu je...

Dinner kami makan kat Bamboo restaurant...sedap food dia tapi bit pricey..biasalah makan kat restaurant kan nak murah makan la yg tepi jalan camtu...okeh so tu jelah xtvt hari ni..



Friday, May 1, 2015

Lautan Aku Datang

Semakin kurang xtvt lautan sejak akhir akhir ini mungkin kerna keterbatasan waktu dan keterbatasan pergerakan sesetengahnya...tak mengapa kita ambil mudah fahami segala karenah tak perlu banyak marah 

Dengan tak semena , idea yang bukan mula dengan perancangan yg sempurna ,soal cuaca lansung tak ambil kira , aku n kekanda mengambil keputusan utk ke pulau jawa, eh bukan bukan,  kepulauan riau kot aku belasah je lah korang bukan tahu pun


So apa lagi, cari laut biru ahhh kita g krabi bukan kandang babi, terjun lautan cari sebutir mutiara berharga bukan untuk dibawa pulang cuma nak tau masih ada ke dah lupus semuanya..kias orang lama lama 😆😆

Selamat jalan semua

Andai disini akhirnya maafkan segalanya aku sayang semua buang segala sengketa antara kita limpahkan dengan rasa cinta 😘😘

Pergi kami biar akan kembali
Jauh kami biar dekat di hati
Hilang kami biar datang pengganti
Kasih kami biar doa diiringi
Sampai jumpa lagi
Wahai cinta hati
Kalian lah siapa lagi 😉😉