Kalau aku kata ini punca pergaduhan dalam rumah tangga, apa boleh di pakai kira??? Haruslah tak perlu percaya kerna aku belum berumah apatah lagi bertangga
Sekadar pemerhatian yang sedia ada...teknologi yang menggoyahkan jiwa tak semena buatkan hati gundah gulana perhatian terhadap keluarga ntah kemana aku juga pernah terjerumus ke dalamnya mari aku cerita
Aku hantu laman social satu ketika tak kira masa samaada dirumah dalam kereta mahupun bersama keluarga sehingga ada yang mencuit jiwa
Aku sering bersama gadget semasa..termasuk bila keluar dengan ibu bapa...aku lupa masa yang bersisa bukanlah terlalu lama..ntah bila mereka akan tinggalkan kita...saat bertemu mahu saja bertentang mata ke mata tapi kita sibukkan dengan dunia yang kita cipta..ibu bapa mahu bercerita dan juga dengar cerita kita begitu juga anak anak kita...saat mereka bertanya kita sibuk dengan membalas mesej yg boleh ditangguh seketika...tak perduli dengan persoalaan mereka...jangan rasa hiba bila kita tak sedar ntah bila mereka dewasa dan saat itu tak perlu rindu celoteh mereka dan jangan cuba utk kejar perhatiaan mereka..ya aku sudah rasa walau cuma anak saudara...aku sibuk dengan dunia yg aku cipta dan sekarang dia dengan dunianya aku hanya terkebil tak terkata...
Maaf kata kalau teknologi juga dijadikan punca keretakan rumah tangga...bertukar gambar dan kata pujangga...asal hanya rakan sekerja dengan kata 'please lah tolonglah berfikiran terbuka' lama lama timbul rasa cinta masih lagi atas nama sahabat setia lama lama terlebih sehingga segalanya 'dibuka' dan haruslah di cucuk oleh cupid durjana...yang halal dibiarkan terluka, yang sedia maklum dihumban ke neraka itu yg terasa enak jalan cerita 😈 ibarat minum air garam semakin diminum semakin dahaga 😅😅
Selagi punya masa bersisa jangan disia, direntap nyawa tanpa bertanya, bersedia atau sebaliknya, berpesan bukan lah aku yang paling mulia cuma sekadar beringat sesama kita, atas dasar aku sayang semuanya itu saja... usah ambil remeh ikatan keluarga, ukhwah harus di jaga biar sahabat biar keluarga tapi harus di ingat prioriti nya 😄
-hamba sarat dosa-
1 comment:
Sooo true.. jgn biakan gajet bertahta dijiwa..i like
The caption
Post a Comment