Sunday, April 19, 2015

Tuhan.Ujian.Cabaran



Tuhan uji sikit dah mengerang mcm tiada hari esok
Tuhan cuit sikit nak meraung mcm esok mentari dan tak terbit belah timur
Tuhan dah kata dia tak akan datangkan ujian yang tak setimpal dengan kebolehan hambaNya tapi jarang kita nak percaya
Sering saja nak salahkan segala yang berlaku kononnya 'apa lagi salah aku' itu sering menjadi tanda tanya seorang hamba
Bukan nak bercakap soal ketuhanan tak layak bagi aku ahli maksiat
Cuma sesekali rasa nak muhasabah supaya lebih merasa tabah tak gundah jauh sekali mudah menyerah
Biar bertimpa ujian melanda sudah ada bahagian masing masing
Yang tinggal hanya harung sahaja dengan doa dan tawakal pada DIA
Sesekali benar benar yakin dengan DIA pasti akan rasa aura yang sebelum ini tak pernah dirasa
Berbicara dan tanya pada dia
Jawapan datang tak semena mena
-Aku Hamba pendosa, anak derhaka-

No comments: