Allah kurniakan rezeki sahabat itu juga nikmat
Dari kecik Allah kurniakan aku sahabat yang sangat hebat...cakna mereka melebihi segalanya..sahabat bermain dan belajar..
Dari sekolah rendah sahabatku tak kira jantina sangat mengambil berat tentang aku..saat bermain pon masih tak tinggalkan aku..aku kan jantung berlubang hewhewhew....
Sekolah menengah jugak aku dikurniakan sahabat hebat yang benar benar mengambil berat..bila nak ada spotcheck, almari dan cadar mereka yang uruskan..kadang pakaian sekolah ku mereka yang gosok kan..wallahi tak pernah walau sekali aku suruh untuk dilakukan semua ini...tp mereka memiliki kehebatan nurani yang saling mencintai kerana Illahi..semoga syurga selayaknya buat setiap susuk ini..
Sehinggalah ke pusat pengajian tinggi...masih direzekikan sahabat yang berjiwa tinggi yg terlalui mengasihi dan mencintai...kesana kesini kian hari seperti keluarga sendiri..mengambil berat tentang diri ini ibarat punya pertalian darah daging satu uri...
Tersenyum di pagi hari saat terlintas dibenak fikiranku pagi ini..semoga tuhan memberkahi setiap hati yg pernah mengasihi diri yang hina ini
Kini semuanya memiliki hati hati yang perlu dikasihi...tinggal aku sendiri di satu sudut di alam ini...semoga aku diberi kekuatan utk terus menebarkan kasih sayang seperti yang pernah kalian beri
dua lapan satu tujuh
dada lapang jangan mencemuh
No comments:
Post a Comment