Friday, July 21, 2017

Mawar Berduri



Sepertinya tidak seperti yg dijangka...maaf jika sangkaan dan jangkaan ku benar belaka aku juga tiada daya...juga maafkan aku kalau aku salah mentafsirnya

Biar apapun dan bagaimanapun aku mahu semuanya bahagia seperti apa mahunya kita biar dalam bermuka biar dalam lontaran kata dan bahasa

Nanti bila tiba masanya aku berhenti menukilkan segala seperti mana yang pernah aku kata aku mahu menulis sehingga tertutup mata terkaku bicara hilang sudah daya sepetinya aku hilang arah apa lagi yang mahu aku nukilkan sedangkan semuanya adalah ilusi dan rekaan belaka 

Aku terpanah dengan satu kata
Aku terkesima dengan satu bahasa
Aku hilang di tengah tengah lautan manusia
Aku sedar aku tak sempurna maka tak selayaknya aku di bawa bersama 
Aku juga tak mampu menafsirkannya seperti pernah aku tafsirkannya dulu kala

Sepertinya tafsiranku dusta belaka
Aku sudah tidak menjumpai puncanya
Maafkan aku ya 
Aku akan terus 'meminta' untuk dikekalkan rasa cinta dan sentiasa punya rasa untuk berbaik sangka dengna manusia walau aku sering tewas dengan rapuhnya jiwa 

Salam sayang buat semua


Tafsirlah dalam apa bahasa yang ingin ditafsirkan nya

Semua punya hak untuk mentafsirkan dan punya hak untuk bicara 

Punya hak untuk 'rasa' juga


Aku sentiasa di sini tak kemana sehingga hujung nyawa sehingga di khabarkan sudah berpisah antara jasad dan nyawa 

No comments: