Thursday, July 27, 2017

Lupa siapa aku

Kadang aku kira hati aku je yang terguris aku tak pikir hati orang pon

Kadang aku nampak salah orang je aku tak nampak salah aku

Kadang aku kira terasa aku je aku tak kisah terasa orang

Kadang aku main assume je tanpa usul periksa dan aku buat konklusi sendiri yang banyak tersasar dari realiti itu yang buat aku selalu sakit hati

Aku jarang muhasabah diri

Aku jarang tanya orang mana salah silap aku which aku tak hingin pon nak tahu sebab ego aku tinggi melangit

Andai orang bagitahu mana salah silap aku pun mesti aku cuba cari salah yang memberitahu

Aku manusia hina dina yang diselubungi dosa yang sering bersangka sangka membabi buta

Bencilah aku seadanya

Maafi aku selebihnya

Jangan sampai aku lupa aku hanya hamba kepada sang pencipta

semoga sentiasa terpupuk rasa kasih dan cinta dalam diri sehingga akhir nyawa

Wednesday, July 26, 2017

Nasi Goreng

Nasi goreng rm20 kalau makan mamak paling mahal pon rm10 kan...hurmmm nasibbb tak berapa baik sapa suh order nasi goreng 😆

Kedai makan pyramid ni lunch hour mcm ni biasanya akan full so yg tinggal kedai2 mcm ni je lah...yang harga tak setimpal dengan rasa 

Hidup ni pilihan masih boleh tentukan...Kalau salah pilih sekalipun sentiasa ada jalan kerana itu hanyalah ujian bukan penghujung sebuah kehidupan

So aku nak cite pasal nasi goreng ke pasal kehidupan sebenarnya ni

Nak hidup kena lah makan so itulah kaitan

peace jyeahhh

Chivers

Ni semua pengaruh rakan sekerja

Tujuan utama beli ni sbb nak kopi dia je..nak beli sebotol RM27 rasa cam tak berbaloi...so kita cuba 10sachet percuma ni dulu..

Alang2 dah beli jem strawberry hari ni terpaksa bawak bekal roti dengan jam..biasanya makan jam atas jalan raya jew...

ok lame joke 🙄

Semua ni RM9.49 sahaja  beli atla cold storage 😉 Dapat jem strawberry yg sedap dan kofi yg aroma menyengat

Sunday, July 23, 2017

Terik Belikat

Seharian kerja di hari ahad ,berdiri mcm nak seliuh belikat maka ni habuannya menghilangkan penat...

NIKMAT 😆

Itik gembo gembo

Minat dia minat kita pasti ada beza

Suka tak suka kita punya suka dia punya suka

Tunjuk gembira nanti ada yang kata riak pula

Tunjuk derita orang kata buka aib pula

Tunjuk ada nanti katanya untungla kaya

Semuanya ada yang tak kena dengan kita

Benci sentiasa ada di mana mana

Di jentik pun tak pernah kadangnya

Nama nya manusia

Serba tak kena dengan yang lainnya

Sampai bila?

Sampai hujung nyawa rugi la rasanya

Bersangka sangka terus selamanya

Hiduplah dengan kita kita dia dia

Jangan di campur adukkan urusan semua

Cara kita dan mereka pasti ada beza

Dalam rumah tangga juga di satukan dua isi kepala yang sukar untuk dipersetejui segalanya

Samalah dengan yang diluar sana

*Gambar sekadar hiasan saja*

Belajar mentafsir dengan fikiran orang dewasa bukan dungu mengikut hawa nafsu semata

Kopi Likat 😉

Ni bukan tempat minum kopi yg sedap dan kopi bukan sepatutnya jd minuman takot lekat

Makan sorang2 tu dah sebahagian lumrah kehidupan jangan pandang kesian 😆

Friday, July 21, 2017

Mawar Berduri



Sepertinya tidak seperti yg dijangka...maaf jika sangkaan dan jangkaan ku benar belaka aku juga tiada daya...juga maafkan aku kalau aku salah mentafsirnya

Biar apapun dan bagaimanapun aku mahu semuanya bahagia seperti apa mahunya kita biar dalam bermuka biar dalam lontaran kata dan bahasa

Nanti bila tiba masanya aku berhenti menukilkan segala seperti mana yang pernah aku kata aku mahu menulis sehingga tertutup mata terkaku bicara hilang sudah daya sepetinya aku hilang arah apa lagi yang mahu aku nukilkan sedangkan semuanya adalah ilusi dan rekaan belaka 

Aku terpanah dengan satu kata
Aku terkesima dengan satu bahasa
Aku hilang di tengah tengah lautan manusia
Aku sedar aku tak sempurna maka tak selayaknya aku di bawa bersama 
Aku juga tak mampu menafsirkannya seperti pernah aku tafsirkannya dulu kala

Sepertinya tafsiranku dusta belaka
Aku sudah tidak menjumpai puncanya
Maafkan aku ya 
Aku akan terus 'meminta' untuk dikekalkan rasa cinta dan sentiasa punya rasa untuk berbaik sangka dengna manusia walau aku sering tewas dengan rapuhnya jiwa 

Salam sayang buat semua


Tafsirlah dalam apa bahasa yang ingin ditafsirkan nya

Semua punya hak untuk mentafsirkan dan punya hak untuk bicara 

Punya hak untuk 'rasa' juga


Aku sentiasa di sini tak kemana sehingga hujung nyawa sehingga di khabarkan sudah berpisah antara jasad dan nyawa