Tuesday, April 28, 2015

L.I.D.A.H

Lancang saat bersuara,kenapa kurang menjaga hati sesama manusia?? Apa rasa kita sudah cukup sempurna??

Indah rupa parasnya, indah gaya pemakaiannya, menutup aibnya tapi sayang tidak memberi apa makna

Derhaka suami hanya dengan kata kata, bodoh tampaknya sedangkan yang lain dia sempurna, mengapa yang sudah dipagari tak terjaga?

Akhlak di khalayak kelihatan sempurna tanpa cacat cela sebelum dengar saat bicara menikam rasa

Habuannya takut takut neraka..seperti yang telanjang juga..alangkah ruginya


Monday, April 27, 2015

Dia bukan aku

Tiada manusia tak ada masalah
Muka nampak gah
Bukan berarti dia bebas masalah
Dalam diam dia pendam
Dalam bersuara dia sorok derita
Dalam ketawa dia memendam hiba
Dalam lembut, aib dia tutup
Dalam keras sentiasa jaga tanda aras
Apa masih ada sosok tubuh sebegitu rupa?
Ya
Dia yang menjaga hubungan dengan pencipta
Dia yang bangun sepertiga malam saat yang lain masih terlena
Dia yang sentiasa menjaga kata agar yang lain tidak terluka
Dia yg menutup aib manusia
Dia yang menjaga gaulannya
Dia yg menjaga kehormatan diri dan pasangannya
Dia yang tiada riak dan sombong dalam hatinya
Dia yang tak pernah menunjuk hebat di hadapan manusia
Dia yang menjaga kasih sesama manusia
Dia yang sering berkata
Masalah bertimpa hanya ujian dari tuhan yang begitu mengasihi hamba
Agar tak pernah sesaat melupakanNya
Lalu tersenyum tanda redha
Andai di ambil nyawa dia bersedia bertemu tuhannya
Jadilah dia yang dikatakan dia
Selama mana bergelar manusia
Pasti masalah bertimpa
Usah dihitung solusinya
Usah penat dengan seribu satu gaya usaha 
Usah hilang daya
Usah bosan meminta
Usah lelah berdoa
Jangan ditanya sampai bila
Mati penutup segalanya
Tenanglah wahai jiwa
Tuhan sifatNya ada
Satu DIA tak ada dua mahupun tiga
Tiada DIA tiada lainnya


-AKU BUKAN DIA-

Sunday, April 19, 2015

Give your fingers a break

Kalau aku kata ini punca pergaduhan dalam rumah tangga, apa boleh di pakai kira??? Haruslah tak perlu percaya kerna aku belum berumah apatah lagi bertangga 

Sekadar pemerhatian yang sedia ada...teknologi yang menggoyahkan jiwa tak semena buatkan hati gundah gulana perhatian terhadap keluarga ntah kemana aku juga pernah terjerumus ke dalamnya mari aku cerita

Aku hantu laman social satu ketika tak kira masa samaada dirumah dalam kereta mahupun bersama keluarga sehingga ada yang mencuit jiwa

Aku sering bersama gadget semasa..termasuk bila keluar dengan ibu bapa...aku lupa masa yang bersisa bukanlah terlalu lama..ntah bila mereka akan tinggalkan kita...saat bertemu mahu saja bertentang mata ke mata tapi kita sibukkan dengan dunia yang kita cipta..ibu bapa mahu bercerita dan juga dengar cerita kita begitu juga anak anak kita...saat mereka bertanya kita sibuk dengan membalas mesej yg boleh ditangguh seketika...tak perduli dengan persoalaan mereka...jangan rasa hiba bila kita tak sedar ntah bila mereka dewasa dan saat itu tak perlu rindu celoteh mereka dan jangan cuba utk kejar perhatiaan mereka..ya aku sudah rasa walau cuma anak saudara...aku sibuk dengan dunia yg aku cipta dan sekarang dia dengan dunianya aku hanya terkebil tak terkata...

Maaf kata kalau teknologi juga dijadikan punca keretakan rumah tangga...bertukar gambar dan kata pujangga...asal hanya rakan sekerja dengan kata 'please lah tolonglah berfikiran terbuka' lama lama timbul rasa cinta masih lagi atas nama sahabat setia lama lama terlebih sehingga segalanya 'dibuka' dan haruslah di cucuk oleh cupid durjana...yang halal dibiarkan terluka, yang sedia maklum dihumban ke neraka itu yg terasa enak jalan cerita 😈 ibarat minum air garam semakin diminum semakin dahaga 😅😅

Selagi punya masa bersisa jangan disia, direntap nyawa tanpa bertanya, bersedia atau sebaliknya, berpesan bukan lah aku yang paling mulia cuma sekadar beringat sesama kita, atas dasar aku sayang semuanya itu saja... usah ambil remeh ikatan keluarga, ukhwah harus di jaga biar sahabat biar keluarga tapi harus di ingat prioriti nya 😄 

-hamba sarat dosa-

Tuhan.Ujian.Cabaran



Tuhan uji sikit dah mengerang mcm tiada hari esok
Tuhan cuit sikit nak meraung mcm esok mentari dan tak terbit belah timur
Tuhan dah kata dia tak akan datangkan ujian yang tak setimpal dengan kebolehan hambaNya tapi jarang kita nak percaya
Sering saja nak salahkan segala yang berlaku kononnya 'apa lagi salah aku' itu sering menjadi tanda tanya seorang hamba
Bukan nak bercakap soal ketuhanan tak layak bagi aku ahli maksiat
Cuma sesekali rasa nak muhasabah supaya lebih merasa tabah tak gundah jauh sekali mudah menyerah
Biar bertimpa ujian melanda sudah ada bahagian masing masing
Yang tinggal hanya harung sahaja dengan doa dan tawakal pada DIA
Sesekali benar benar yakin dengan DIA pasti akan rasa aura yang sebelum ini tak pernah dirasa
Berbicara dan tanya pada dia
Jawapan datang tak semena mena
-Aku Hamba pendosa, anak derhaka-

Thursday, April 16, 2015

Bahagia milik Dia

Wah tajuk yg tak semena keluar dari kecelaruan akal fikiran

Hati rapuh jiwa ampuh

Lama tak masuk membawa sesuatu yang berguna untuk ummat manusia

Cerita sendiri pun dah tak berapa nak ada sebab rutinnya tetaplah sama setiap hari mengejar dunia yang pasti ada akhirnya...nak kejar dunia yang kekal abadi selamanya selalu banyak halangannya sbb aku manusia sarat dosa

Mari tangguhkan seketika

Teman seperjuangan katanya bakal melansungkan perkahwinan...aku selaku insan hina dina tanpa harta tak banyak dapat aku kongsikan dengan semua selain dari masa dan cinta

Korban masa yg aku punya utk bersama yang aku cinta aku cuba walau seringkali banyak cacat cela...aku tinggalkan gambar utk berbicara










Moga kak fizah berbahagia disamping yg dicinta...panjang usia kita jumpa...andai tak dikembalikan roh pada jasad ampun maaf dipinta utk setiap kejahatan yg aku cipta...juga buat semua pembaca andai aku berdosa tolong maafkan segalanya aku mohon dgn kedua tangan yang hina dina maafkan aku ya 

-Elina hamba pendosa-