Takut aih..sapa tak takut..sekarang ni banyak ja ajaran sesat
kan...ahaaa..tu la nak beljar kena berguru..kalau belajar sorang2 takut
syaitan jadi tok sheikh ;p
Aku bukanlah sedang mentafsir hadith mahupun al quran sendiri..buku yang di beli sekadar membuka minda dan berlapang dada menerima kehebatan dan keindahan islam..itu sahaja...demiAllah bukanlah perubahan ini semata ingin menjadi 'ilmuan segera' untuk di gelar alim ulama hanya sekadar menambah ilmu di dada agar tidak terlalu leka itu sahaja...tidak di nafikan ramai di luar sana yang menjadi ustaz ustazah copy n paste mahupun instant..semoga aku di jauhkan...
Cukuplah aku perbetulkan dulu apa yg telah lama aku tinggalkan...semoga
ceramah agama dan buku buku ini membantu membuka minda dalam aku kembali mempelajari agama...mana ada buku yg aku beli duk
syarah hadith segala...aku tak sampai la tahap tu..yg tu kena p menuntut
ilmu dan berguru...ni elok skit dari baca buku motivasi je
la...termotivasi utk memenuhi dada dengan mendekatkan diri dengan
pencipta itu sahaja itu pun masih banyak yang tak sempurna ;)
Aku ingatkan diri aku dan siapa sahaja yg baru nak berubah janganlah terlalu taksub
dengan perubahan sampaikan tak nak dengar pendapat orang..jangan pula
terlalu taksub dengan seorang guru sampai tak nak terima kata guru
lain..belajar biar dari guru yang ramai..baru kita rasa seronok dengan
ilmu dan tidak jumut...pendapat guru guru ustaz ustaz mungkin lebih buka
minda kita...bukan nak pecah belahkan manusia...kerana bagi aku yg
jahil, uztaz ustazah ni la perantara dalam penyebaran ilmu...salah mereka salah la kita betul mereka betul la kita...
Jangan pula dengan ilmu yang tak seberapa sudah mahu hentam ustaz sana sini...Islam setahu aku bukan
begitu..islam itu aturan cukup indah..hentam menghentam bukan
ajarannya...tetapi berdiskusi berbincang bermuzakarah itu mungkin lebih
baik..wallahualam aku jahil..bab ni jgn ambil pedapat aku...hahahha..
YA ALLAH BERILAH KAMI ILMU PENGETAHUAN YANG BERMANFAAT..FAHAMKANLAH KAMI AKAN AGAMA DAN AL QURAN...DATANGLAH KEPADA KAMI IMAM YANG BENAR...JANGAN KAU SESATKAN AQIDAH KAMI..MATIKAN KAMI DALAM ISLAM DAN IMAN....
No comments:
Post a Comment