Monday, September 16, 2013

Hamba Media Social

Balik balik ni je yang aku tengok kalau aku pegang fon...newsfeed facebook..scroll sampai bosan then jenguk instagram dah bosan tgk pic sama p tgk tumblr sat cari sumber inspirasi..then tgk keek plak sapa upload vid bangang..kalau takde org upload aku la yg akan upload vid bangang seperti kematian seekor cicak dirumah aku...


Nampak tak betapa loser hidup kita menjadi hamba laman sosial..tp apa lagi yang kita ada...kita nak cakap dgn org masalahnya org lagi suka ckp sorang2..i mean ckp dgn gadget memasing la...senyum n gelak sensorang...


Ajak keluar makan atau minum tp sebelum makanan sampai semua sebok duk 'checkin'..bila makanan sampai semua sebok nak amik foto makanan n post kat laman social...lepas makan again sebok update status seperti 'burrppp kenyang nak mampos alhamdulillah'..bangang apa ke mampos dulu baru alhamdulillah..dah tu motif ajak kluar makan agar korang ada benda nak post kat laman social kan..bukan nak jumpa aku pun kan..gitu la konsepnya hehehehe..


Tengok pemandangan menarik atau benda pelik yg bermain diminda hanya satu..mahu kongsikan dengan semua di laman social..aku rasa kalau accident putus anggota pun benda pertama yg dia nak buat adalah snap pic n post kat fb ig etc kan..lepas ni abang bomba kena bersedia nak amik gambar mangsa kemalangan yg belum meninggal..yg dah meninggal tu keje polis la amik gambar kan ;p
Ok la tu je bebelan aku utk hari malaysia ni..selamat hari malaysia uols..love jyeahhh...lek la..aku pun antara hamba media sosial ni jugak..kalau pakai smart phone dan anda kata anda bukan hamba media social..bak mai nak carut skit..hewhewhew...ustaz pun upload hasil kerja dia kat facebook tahu..takkan la hangpa baik sgt tak upload kot..kikikiki  


p.s: Teruskan menjadi hamba media sosial ;p


No comments: