Thursday, April 18, 2013

Derma Darah!!!

Special Thanks to Ms Musliha Yosof, dari Unit Tabung Darah Hosp Tunku Ampuan Rahimah kerna sudi reply my email...

Salam Cik Elina,

Pesakit darah tinggi tidak boleh menderma darah kerana kandungan ubat yang pesakit makan akan menurunkan kualiti darah.

 Diantara kebaikan menderma darah;

1. Badan akan sentiasa segar kerana darah baru akan menggantikan darah lama yang keluar. Dalam masa 2-3 bulan, sel darah baru akan menggantikan sel darah yang telah keluar (didermakan).

 2. Dengan cara menderma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang merokok.

3. Bagi wanita menopaus, paras zat besi meningkat kerana tiada haid dan bagi menyingkirkannya serta risiko sakit jantung boleh dielakkan. 

4. Yang paling utama, darah yang didermakan akan digunakan bagi menangani masalah pesakit yang memerlukan seperti kejadian kemalangan, pembedahan, thalesemia, kanser, denggi dan sebagainya.

 Jom derma darah...

p.s: Sharing is LOVE ♡♥ cc: Kak Ron

No comments: