Friday, February 7, 2014

Jadikan DIA teman setia

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

p/s: Tak pandai mengaji tak mengapa, masih ada masa, ayuh kita belajar sama2 ya...

Tuesday, February 4, 2014

Jakarta Girl's Trip

CNY holiday mcm biasa waktu berjimba bersama keluarga tercinta...Allah is great...Feeling blessed...♥♥

Tuesday, January 21, 2014

Sepi senja ;')

Sebenarnya kakak sy dah janji nak masakkan special utk berbuka...tp tetiba pulak boss suruh dia p melaka...maka terpaksa la dibatalkan niat nak berbuka dgn sesuatu yg special..makanya kakak saya dah siapkan bahan bahan tinggal nak letak atas pan je la...hoho...


Tapi time berbuka bila sensorang ni nafsu bleh hilang wooo..nak telan tak masuk woooo..kalau ada org mesti tak cukup hidangan sesimple ini..tp bila sensorang tgk pun tak bernafsu...telan la jugak nak hilangkan perut yg lapar kan...kasih seorang kakak..siapkan semua dah utk adik dia...kikikkki... untung wo dpt kakak mcm ni..korang ado?? hahahah..takpe la takde kakak yg baik pon Allah ttp bagi kebaikan dgn cara lain ye dok..syukur sudah la ;p


Hidup ni bila banyak bersyukur dgn nikmat maka kita akan mula lupa akan segala kekurangan yg kita ada...takkan semua benda yg hang nak tuhan bagi kot..agak agak ah..skit skit sorang la kan ;)


Thursday, January 16, 2014

Lidah

Lidah tidak bertulang tapi tajamnya melebihi mata pedang ;)
 
Jaga bicara atau tangguhkan seketika...
 
Kerna lisan hubungan Anak dan ayah mula renggang..kerna lisan menjauhkan kasih sayang suami dan isteri...kerna lisan jauhnya seorang anak dari ibunya..kerna lisan hilangnya sahabat yang dulunya akrab...kerna lisan tajamnya lebih dari mata pedang...
 

Inilah ucapan beberapa ulama tentang bahaya lisan:

1. Anas bin Malik : “Segala sesuatu akan bermanfaat dengan kadar lebihnya, kecuali perkataan. Sesungguhnya berlebihnya perkataan akan membahayakan.”

2. Abu Ad-Darda’ : “Tidak ada kebaikan dalam hidup ini kecuali salah satu dari dua orang yaitu orang yang diam namun berpikir atau orang yang berbicara dengan ilmu.”

3. Al-Fudhail : “Dua perkara yang akan bisa mengeraskan hati seseorang adalah banyak berbicara dan banyak makan.”

4. Sufyan Ats-Tsauri : “Awal ibadah adalah diam, kemudian menuntut ilmu, kemudian mengamalkannya, kemudian menghafalnya lantas menyebarkannya.”

5. Al-Ahnaf bin Qais : “Diam akan menjaga seseorang dari kesalahan lafadz (ucapan), memelihara dari penyelewangan dalam pembicaraan, dan menyelamatkan dari pembicaraan yang tidak berguna, serta memberikan kewibawaan terhadap dirinya.”

6. Abu Hatim : “Lisan orang yang berakal berada di belakang hatinya. Bila dia ingin berbicara, dia mengembalikan ke hatinya terlebih dulu, jika terdapat (maslahat) baginya maka dia akan berbicara. Dan bila tidak ada (maslahat) dia tidak (berbicara). Adapun orang yang jahil (bodoh), hatinya berada di ujung lisannya sehingga apa saja yang menyentuh lisannya dia akan (cepat) berbicara. Seseorang tidak (dianggap) mengetahui agamanya hingga dia mengetahui lisannya.”

7. Yahya bin ‘Uqbah: “Aku mendengar Ibnu Mas’ud berkata: ‘Demi Allah yang tidak ada sesembahan yang benar selain-Nya, tidak ada sesuatu yang lebih pantas untuk lama dipenjarakan dari pada lisan.”

8. Mu’arrifh Al-‘Ijli : “Ada satu hal yang aku terus mencarinya semenjak 10 tahun dan aku tidak berhenti untuk mencarinya.” Seseorang bertanya kepadanya: “Apakah itu wahai Abu Al-Mu’tamir?” Mua’arrif menjawab: “Diam dari segala hal yang tidak berfaidah bagiku.”

Potong stim

Aku baru nak cucuk cik MPK p ceramah ustaz fav aku...sekali hambik kau tersembur aku baca fb chat beliau...hurmmm...mcm ni gaya, ustaz ni mmg ada potensi baling tongkat time dia baca khutbah jumaat nih ;p

Tuesday, January 14, 2014

Sedikit perkongsian

Hari ni meh kita kongsikan sedikit ilmu kesihatan...yang sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat atau lebih dikenali dgn atkins diet or lowcarbs diet...ini adalah sedikit bahan bacaan yang mahu aku kongsikan semoga bermanfaat dan tidak mendatangkan mudharat...

اللهم صل على محمد وآل محمد