Monday, December 10, 2018

Selamat Ulang Tahun EJ

Agak2 ada lagi ke skill aku menuyusun kata mmg dah lama gila xmenyusun kata bait demi bait dari hati ke hati...hari ni tiba2 rasa nak scroll gambarw yang ada dari phone...baru kusedari beranjaknya usia semakin kurang jemari rancak menekan papan kekunci...gambar pon semakin kurang ..smua hanya gambar gambar lama...setiap kali mata terpanah pada keindahan aku lebih asyik memandang dengan lensa mata daripada diganti dengan lensa kamera....kepuasan yang tiada timbang tara kerna waktu yang ada semakin berkurang dari setiapnsaat yang aku punya...

Weekend lepas menghabiskan masa dengan ej disebabkan 6 dec adalah ulang tahun kelahirannya..puji dan syukur dipanjatkan untuk setiap hela nafas yang berbaki sejak lahir hingga hari ini...belajar menghargai

Wednesday, October 17, 2018

BERBUAH RENDANG

Senang je tuhan nak suruh aku balik jumpa mak bapak aku...

Dia buat dokong berbuah...mak bapak aku teruja nak bg tau anak2 tanaman mereka berbuah lebat...mereka call aku...dari corong suara aku dengar keterujaan suara mereka..hati tu terdetik andai ini terakhir kali aku dgr suara mereka...maka tanpa berlengah terus beli tiket yg sebelumnya aku rasakan agak mahal...

Sunday, September 23, 2018

Belahan Jiwa

Sering aku khabarkan kepada dunia tanpa segan atau setaranya mereka tak pernah sempurna dimata siapa yang memandangnya

Mereka juga tak pernah sempurna dipandangan zahir mata tapi batin ku tak pernah memilih utk digantikan dengan yang lainnya..

Cukup apa adanya...yang dengan mereka aku bahagia walau kadang ada dukanya kerana kita manusia tak pernah sempurna

Selama diberikan pinjaman masa utk bersama mereka selama itu akan terus berada dalam dakapan cinta ..akan kurangkul erat dalam setiap hela nafas sehingga terhenti denyut nadi...

Sampai disini 💘

Monday, August 27, 2018

Idup Adha 1439h

Kekasih hati pengarang jantung datang beraya kat KL...

Lepas semayang raya, makan apa ada atas meja, xtvt seterusnya ke kota raya seperti biasa..

Arisha Iman turns 17

Wednesday, July 25, 2018

Meraba dalam nyata

Kenapa manusia mudah menghukum
Kenapa manusia mudah mengkafirkan
Kenapa manusia mudah menerakakan
Kenapa manusia sering berbalah dengan perbezaan
Kenapa manusia tidak cuba mencari walau sedikit persamaan utk mengelak perbalahan
Kenapa manusia gemar menafsir luaran yg jelas kelihatan
Kenapa manusia tidak cuba menafsir disebalik yg tak terlihat dimata zahir
Kenapa manusia semakin hilang kasih
Kenapa manusia lebih suka mencari yang jauh sedang yang dekat sentiasa dekat
Kenapa manusia masih mencari yg sempurna walhal yg ada sudah terlalu sempurna
Kenapa manusia kurang menghargai anugerah yang diberi dan terus mencari dan mencari tak ketemui
Kenapa manusia hanya gemar mencari kesalahan
Hakikatnya manusia tidak pernah memahami apa yg nafsu ingini hanyut dalam ilusi
Hakikatnya manusia semakin jauh dari apa yg dicari
Hakikatnya manusia tidak pernah mengenali diri sendiri

Tuesday, July 3, 2018

Penjagaan sebaik penjaga

Memandangkan aku kluar keje lewat pagi mgu ni ,kakak aku kluar rumah dia tak tutup pagar...

tp tgk la ada guard berhati mulia tlg dtg tutup kan pagar ...

itulah namanya penjagaan tuhan yang ada di mana mana 😍

Nak harapkan kita jaga mmg bungkus awal lagi

Monday, July 2, 2018

Open house 2018

Dalam duka lara p jugak teman ej rumah boss dia buat majlis raya...balik majlis raya masih tgu panggilan tapi sepertinya tiada sebarang panggilan diterima

Ujian demi ujian

Hidup ini ujian

Senang ujian susah pon ujian

Hari ni aku diuji lagi...tiba di epot jam 9am rasa nak naik erl n amik grab balik rumah mums sbb agak jimat lah kiranya...so lepas beli tix erl aku g beli air gongcha...then turun bawah tgu train..dah naik train aku bukak beg galas letak blkg aku ...bg elakkan menunggu bila sampai stesen salak tinggi maka aku pon request la grab terus..tiba tiba cepat plak dpt grab so aku suruh dia tgu jap..bila aku sampai salak salak tinggi bergegas la nak turun takot grab marah lama menunggu so disitu la berlakunya aku tgl beg aku 😂😂

Cuba jugak dapatkan balik..ej tlg buat report sbb aku mmg lemah nak kena bercakap banyak ni..tp dah lebih 24jam xde pon yg menghubungi...so aki redho dengan ketentuan ni..kalau nyawa pon bleh melayang inikan harta benda 😁

Tuhan pemilik yang dilangit dan yg dibumi serta segala isinya...tak berkurang walu sedikit pon kekayaan dia..dah bukan rezeki aku nak buat mcm mana..sedih la jugak sbb baju n beg kesayangan aku tu ☺️

Dia dah Takdirkan begitu begitu la..

Wednesday, June 27, 2018

9 Syawal . birthday treat

Aku kira ramai yg sayang aku. Tuhan hadirkan setiap nyawa yang menyayangi aku semoga disayangi tuhan hingga akhir kehidupan agar mendapat kesempurnaan setelah kematian. Dia yang maha penyayang dilimpahkan kasih sayang

Hari ni anak buah aku yg berusia 17 tahun insist nak belanja aku makan...malu dowhhh... guna duit raya gamaknya...

Semoga tuhan jaga setiap jiwa yg mencintai sesama hamba

Cinta yang menghidupkan jiwa

Sebatkan cinta selama bernyawa

Tuesday, June 26, 2018

1 Syawal 1439h


raya pertama dan kedua kami berempat aku ej n parents beraya (makan angin) di terengganu...mak aku malas nak memasak beria kepenatan katanya aku hormati keputusan mereka maka ke terengganu kita, tak buat apa apa, tidur bangun d hotel saja...yang lain beria bergambar raya bersama keluarga kami sudah di tepian pantai menjamu selera bekalan di pagi raya...itulah cerita syawal tahun ini