Breakfast at Neo Malioboro Hotel sangat best berbaloi dengan harga yang dibayar IDR 100k/pax....yang paling best adalah fried Indomi and ayam guring rangop
After breakfast kami bersiap utk ke destinasi pertama hari kedua yakni Hutan Pinus dan Gua Pindul
Hutan pinus ni masyhur utk photoshoot je tak de la apa sangat pun manakala gua pidul ni terkenal dengan gua yang ada aliran air dari bawahnya
Selepas ke Hutan Pinus kami terus ke Gua Pidul...first time kot aku masuk gua yang mengalir di bawahnya sungai sedalam 8 meter....dak aih idok la aku berenang aku naik tiub tu dan diheret oleh pakcik tu....
Ada benda lucu masa kat Gua Pidul ni..dalam perjalan ke sungai tu ada satu laluan yang berselut...maklumlah lutut aku mmg tak berapa kuat mana dah dan selut tu sgt licin... 3 kali aku tergolek dog kat dalam selut tu..bayangkanlah dgn tubuh bersize anak gajah tergolek dalam selut...pakcik tu siap mandikan aku dengan air sungai bersihkan selut yang memenuhi baju dan rambut
Aku baru keluar dari celah2 gua belakang sana tuh...seram gak lepas 5 minit duk dalam tu..hahahahaha |
ok aku rasa I had lots of fun at Gua Pindul...dalam seram menyusur harta alam...dalam gelap dalam remang bulu romaku pun meremang....tengah tengah gua yg tak ada lansung cahaya matahari tu pakcik guide tu bleh tanya "takot tak?"..of coz aku akan jawab tak takot sebelum dia takot takotkan aku...hahaha..dia pun padamkan torch light dia...
katanya pakcik tu "ok ni tempat paling gelap dalam gua ni dimana dulu kala tempat ni tempat org bertapa...sekrang buat permintaan dari yang maha kuasa apa yang dihajati"
ok tuhan aku tu ada dimana mana dan dia mendengar bila bila masa,so tak payah la aku mintak dalam gua ni...yang aku minta aku selamat keluar dari gua ni cepat2..gelap dowh hahaha aku takot kelawar dtg gigit kaki...kikikiki
No comments:
Post a Comment