Thursday, December 7, 2017

Ibu.Ibu.Ibu.

Izinkan aku bercerita soal ibu..buat semua wanita bergelar ibu..tak perlu tunggu hari lahir mahupun hari ibu utk dimuliakan para ibu...

Ibu satu kata nama yang berat tanggungjawabnya...bermula dari saat disatu kan benih dari tulang belakang suami masuk ke dalam rahim para ibu lalu disatukan dan terbentuk lah segumpal darah dan temulang yg dibalut daging...saat ni semua ada meloya nak muntah penin nak pitam yang tak paham panggil sebagai mengada ngada...walhal tanggungan mereka cukup luar biasa...sehinggalah 120 hari usia tuhan tiupkan roh utk disatukan dengan jasad...saat ibu mula merasa ada ikatan dengan yg didalam rahimnya...fasa seksa bertukar jadi gembira menantikan anakda dilahirkan kedunia...menunggu masa detik ketika tulang serviks terbuka sakitnya hanya si ibu merasa...menyelirap sehingga ke tulang belakang dan kepala sakitnya...kita masih merasa alahai mengada ngada nak beranak bernak aje la...biadap sungguh kata kata..separuh nyawa dikorbankan utk melahirkan satu lagi nyawa yang moga menjadi pembela agama...

ini cerita dr yg tak pernah melaluinya tp turut merasa saat ko benar2 belajar akan kuasa yg maha kuasa dalam penciptaan manusia jangan duk nganga tak tahu apa apa sehingga yg kau lihat hanyalah mengada ngada dan sebagainya...

oleh yg demikian rupa jangan la kau herdik yang namanya ibu ibu ibu mahupun bapa mereka tanda kasih tuhan yang melahirkan kau ke dunia...kadang ada salahnya mereka kurangnya di mana mana tak sekepala tapi ingatlah bagaimana nabi mengajar kita jangan kau berkata walau "ah" kepada mereka nescaya ke neraka tempat kesudahnya...walhal disebalik setiap mereka hanya ada cinta sehingga lahirkan kau kedunia

jadi ibu pun kena la belajar sama...jangan duk nganga sahaja...anak tu jugak adalah tanda kasih tuhan kepada kita..pandnaglah mereka dengan kasih dan cinta walau kadang kala melebihi batas perlakuannya...doa ibu itu panahannya pasti mengena jangan pernah henti kerna disitu ada jaminan syurga dan nuraka 

Aku jugak banyak durhaka dari taat kepada mereka...tapi saban waktu aku cuba utk menguranginya saat waktu semakin singkat utk ditebarkan cinta...sehari nyawa ditambah maka sehari jualah waktu hidup semakin berkurang...

bukan utk mengajar jauh sekali merasa diri sempurna...sekadar mengingatkan diri ku yang hina dina...melihat wajah kedua mereka semakin dimamah usia akan diambil pada bila bila masa sahaja...sama ada mereka mahupun kita

diingatkan juga buat para suami...kadang tak tertahan dengan karenah isteri...penat mereka dari pagi sehingga lelap mata jarang terhenti hanya lah bebelan sebagai pengganti...layanilah isteri sesungguhnya kata nabi sebaik baik kalian adalah yg terbaik buat isteri steri kalian ....selagi mereka tak durhaka maka buat tk dengar sudah la...mana lagi mereka nak halakan kepenatan kesengsaraan kecemburuan kalau bukan pada kalian para suami...tu tanda kasih tuhan yang nyata lihat isteri lihat la dgn pandangan kasih dan cinta...konon nak kenal tuhan amal sunnah tp dengan isteri garang nak mati...sunnah tang mana? 

saidina ummar panglima perang ada sahabat nak g mintak nasihat sebab baru gaduh dgn bini tp bila nampak ummar pun sedang kena beleter ngn bini terus sahabat tu pulang semula...comel kan..panglima perang penggal kepala musuh baik punya tp dengan bini tangan duk celah peha..inilah manusia yang kenal tuhan mereka...hebat sgt tu takyah la jadi ummar tp jadi ala ala ummar pon dan sempoi la...biar la kat bini yg suka berleter tu tu lah penjagaan tuhan kat suami..kalau takde leteran isteri mungkin lagi teruk suami tergelincir dari landasan...tuhan kadang bagi intuisi yang tinggi buat para ibu dna isteri...kasih mereka mmg tinggi sungguh...baru nak buat dosa tetiba isteri call haaaa tudiaaaa...tuhan bawak mai peringatan melalui isteri..tengah wasap dgn gepren tetiba anak mai pegang peha pegang lengan kalau yg kenal tuhan mesti termengu punya...kalau tak kenal anak tu makan cupitan or penampar la jawabnya ...ok ok sori sori melalut dah..tp check la tgk sama...jgn percaya je aku ckp aku ni ala ala sesat bidaah dholalah skit 

peace no war...

Thursday, November 23, 2017

Sedutan cinta hembusan sayang

Aku ni xpernah ada adik anak buah pon sorang mcm tak berapa cukup la rasa nak main ngn budak kecit...bila duk kira kira berapa ramai dah kawan aku duk beranak mcm ramai pulak ...dr tulang belakang elok sampai nak bengkok la duk usung...

Tengok budak ni sebenarnya kau nampak kasih tuhan...tengok la mereka dalam apa keadaan yang kau nampak hanya kejujuran dan keikhlasan...ko marah ko cubit ko jeling ko tak bagi apa dia nak tp pemgakhirannya dia mai semula kat ko..takde dendam, xde benci, xde terasa hati, xde pilih harta, xde pilih warna kulit semua mereka sebat je.....yang ada hanya cinta hakiki...pandangan yang masih suci..belajar la tgk kasih tuhan dari anak anak ni...jgn duk nganga tak ketahuan 😆

sama la dengan tuhan...ko tak semayang, ko tk puasa,ko berzina, ko tk tutup aurat, ko derhaka suami, ko tk layan isteri, ko naik suara dgn mak bapak, ko lupa tuhan ko gila dunia, ko buat la apa sekalipon tp hari ni tuhan tak berhenti pon bagi ko sedut n hembus nafas smpai bleh baca la penulisan aku ni skrg 😆 itu la kasih tuhan

Tuesday, November 14, 2017

Setahun tak lama

Setahun lepas helok dia bergolek atas aku...skrg dah abang2 buat tak layan aku...kemain ko eh..

Sebenarnya birthday koko la setiap kali pic ni terpampang kat wall fb aku..sbb hari  ni la koko dilahirkan ke muka bumi..kikiki

Satu demi satu anak anak lahir dan membesar depan mata aku..tak dak anak pon tak pa la...anak2 yang duk ada ni pon antara kasih tuhan bagi utk dipandnag dengan kasih sayang

Happy birthday Iffat..sori pic boss tu mmg  aku tak berapa nak ada...

Monday, November 13, 2017

Berkongsi sampai mati

Jika diizinkan Illahi biar mereka kekal bersama di dunia dan setelahnya...kasih sayang tuhan terpancar melalui mereka...aku hanya mahu lihat bahagia mereka sampai hujung nyawa bersama sama dan selamanya sehingga disatukan lagi di syurga...


Mereka kekasihku di dunia dan aku masih mahu bersama mereka di syurga...Terima kasih wahai sang pencipta buat pinjaman sementara...biar kasih sayang mereka mengalir di jiwa kami utk senantiasa mengasih dan menyayangi 

Thursday, November 9, 2017

Retak tak payah tunggu belah


Kadang aku rasa aku dikelilingi sabahat yg gila or gila gila or mmg gila...(tp kalau aku xgila mana nak kenal yg gila lek aaaa jgn marah)

Dalam gila mereka buat aku pikir apa istimewanya aku bila aku rasa aku terlalu disayangi oleh mereka...xdak la terlalu sgt pon tp ada la kasih mereka skit kat aku kan....aku yakin itulah tuhan nak tunjuk sifat pengasih penyayang dia dgn hantarkan sabahat yg mengasihi kita...bukan darah daging satu uri pon...tp bleh sayang kita mcm keluarga...

ada yg terpisah dek jarak, masa & tanggungjawab...tapi tu bukan ukuran cinta sebab hati bleh sampai lagi laju dari cahaya....

nak berpecah belah ,pecah je lah  retak seribu tp saat kau tahu kita semua datang dari yang satu..saat tu rasa bengong gak ah dengan apa yg berlaku...(aku tau ada yg tak paham..tak payah tafsir nanti sesat p tang ke lain) 

saat kau sedar kau kutip balik yang hancur berderai tu sambung ah slow slow...paling tidak saat berpisah roh dari jasad saat tu ada la kuntuman fatihah dari hati antara kita...sweet kan kehidupan ni...

Tak kisah lah xpaham sudah...baca sampai habis pon dah cukup baik dah

Ada kelapangan dan usia jumpa la kita 

Aku tak menulis suka suka...semua dengan satu rasa...sekarnag ni yg aku rasa...esok lain pulak..jgn kata aku belakon kalau esok aku jd bengong, xseperti yg pernah aku nukil...aku manusia sarat dosa...lagi lah mudah berubah ...korang yg baca lain la ahli ibadah

Saturday, November 4, 2017

Daftar Mengundi

Nah tu dia...lepas 34 tahun baru aku daftar sebagai pengundi...masa 20an rasa mcm "apa undi undi ni" dah masuk 30an alasannya malas nak g daftar kena g pos office la leceh ah (aku kan xsuka berurusan di kaunter)...

Tapi diuzinkan Tuhan semalam masa nak g makan kat Pulze, naik je escalator nampak ada meja SPR...hah apa lagi dah ko dtg depan mata dan xde org beratur...yg jaga meja tu pun dah muka mengantuk..

So berjaya la daftar sebagai pengundi kalaupun xsempat mengundi kurang2 nya dah pernah daftar la niat nak "memilih" tu dah ada 😆

Friday, September 29, 2017

Groceries kepintu rumah anda

Tak pernah try service TESCO ni..not bad...boleh pilih slot nak delivery pukul brapa...ada sampai 10 malam...sesuai la untuk orang bekerja..


Barang yang ada offer pon senang nak pantau harga..kalau pergi beli kat kedai mmg aku tak peduli  harga dah main ambik je la...kalau ak berapa murah pon tetap la ambik, takkan nak pergi banyak banyak kali ...


Lowfat milk aku akan beli kalau below Rm5 tu kira murah la...so sekarnag senang la pantau je harga online bayar rm3 smpai depan umah...life is simple aite...

Biasanya alau aku dah dapat pergi kedai..nak nak bila time lapar..semua benda kau rasa nak ambik...sbb tu digalakkan p shopink time kenyang..nafsu tu kurang..mungkin xleh guna pakai la kalau nak nafsu setan semua ko nak beli (aku la)  

Pro n cons maybe ada la...takkan ada benda sempurna atas muka bumi ni kan..chilex je lah..mcm semalam aku dah order ayam tapi bila hantar dia cakap ayam tak ade...maybe dia tak akan simpan la walau ko dah order one day earlier...tapi kalau order air mineral berbaloi la kan...suh je lori diorng angkut..takde la terkial kial nak hangkot air mineral ke kereta...

Thanks to tesco..kalau kelantan ada service ni lepas ni groceries utk mak kita bleh la guna service ni kan...kesian diorng kena g kedai angkot barnag berat2 kan..tapi mak aku biasanya dia suka g kedai runcit tepi jalan je (yes bit mahal la biasanya)..so nanti dia ckp je apa dia nak..dia duk je kat kerusi yg disediakan nanti org kedai buat semua utk dia..n anta p kereta...


ok that's all perkongisan I menggunakan perkhidmatan tesco online...

Brake Pad Haus lagi 290617

Kerap kan aku tukar brake pad...maklumlah period bejebok so kerap la tukar pad..

ok lawak hambarr..

Saturday, September 23, 2017

Effa 💓 Cik Abu 23.09.18

Semoga Tuhan merahmati...semoga berkekalan selama mana diizinkan untuk kekal..harapannya menjadi bidadari lagi di syorga nanti..semoga lahir dari sulbi zuriat penyejuk mata hati..again tak dapat menghadiri...gambar pun dicuri dari grup whatsapp mereka yang pergi...sampai jumpa lagi 🖖

Dinner with my sisters

Sebelum heam ke melbourne belanja adik adik makan dulu...semoga tuhan limpahkan dia rezeki dan usia yang barokah..semoga tuhan melindungi setiap denyut nadi keluarga  dan sahabat kami...semoga diketemukan lagi 'nanti' di perhentian yang semua impikan

Friday, September 22, 2017

Sushi Empire @ IOICM

Sekarang minat makan sushi ni plak...not bad jugak rasa dia...sekali makan 5 ketul sorang kenyang...harga dalam RM1.80-RM4.50 sebijik...

Tuesday, September 19, 2017

Holiday @ Lato Lato Resort

Antara perairan tercantik yang pernah dijejaki...dulu aku sangkakan andaman sea adalah yang paling cantik rupanya silap tak payah guna passport pon untuk melihat lautan yang jernih hingga menampakkan hidupan di dasar lautan..maha suci tuhan yang menciptakan setiap keindahan tanpa tafsiran

Lato lato resort adalah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam...layanan yang superb dari staff sama ada tukang masak mahupun pembawa boat smuanya sangat memudahkan setiap pergerakan..resort yang dikelilingi air dan pasukan keselamatan 360°...tinggal kau terjun sahaja dari mana mana sudut ini antara percutian yang aku impikan dikelilingi air yang selamat utk aku terjun dari setiap arah...dikelilingi pool semula jadi ciptaan Illahi..paras air yang sesuai utk melakukan terjunan tidak terlalu dalam dan tidak jugak terlalu cetek hingga kau perlu berjalan guna kepala lutut dalam air


Mahukan keselesaan hotel lima bintang mungkin ini bukan tempatnya...tapi jika kau mahu menjiwai setiap nilai estatika alam semesta ditengah lautan nan biru aku berani beri jaminan disini adalah antara yang terbaik...kependudukan yang tidak padat...resort yang hanya memuatkan 30++ pengunjung pada satu masa..keselamatan insyaAllah terjamin..makan minum terjaga 3-4 kali sehari...dapat mencuba hasil tangkapan laut yg tak pernah aku cuba selama hampir separuh abad dipinjamkan nyawa..oh yes buat yang cerewet utk makan disini bukan tempatnya jugak..bawak la maggi ke lauk pauk dari bandar ye..antara ikan yang agak rare yang aku cuba adalah ikan todak/baraccuda masak merah...bagi aku ikan tetaplah rasa manisnya ikan..nak nak fresh dari lautan...aku hanya seram kalau kepala ikan dah macam biawak or ular contoh ikan keli..itu belum tentu aku bleh makan..yang lain insyaAllah takde masalah lah bagi aku

Antara pengalaman yang tak dapat dibeli disepanjang kehidupan ini...semoga berpeluang untuk diketemukan lagi dengan keindahan sebegini..

Merasa dikelilingi lautan
Merasa hujan ditengah lautan
Merasa makan hasil tangkapan fresh tak kena ais
Merasa memegang starfish sebesar telapak kaki aku
Merasa menunggu matahari terbit dari ufuk timur
Merasa utk melihat kehidupan bajau laut
Merasa berpanas tanpa AC tapi dibantu dengan deruan angin asli tanpa henti
Merasa luatan tanpa ombak
Merasa melihat pelangi di tengah lautan
Merasa makan ikan todak
Merasa tiada gangguan , hanya aku dan laut biru
Tak dapat aku kongsi dengan kata apa yang aku rasa satu nikmat yang luar biasa semoga masih diberikan masa untuk terus merasa...

Kos keseluruhan :

Flight to Tawau : RM 560

Penginapan 3d2n : RM 500/pax
-Airport transfer
-Boat transfer
-Makan 3x sehari
-Free flow hot drinks
-Unlimited Snorkeling
-1 Day island hoping

Tawau airport - Semporna Jetty = 1 hour +
Semporna Jetty to Lato Lato resort = 45 minutes

Tips :
-Sediakan Aqua Shoes sebab tempat ni banyak sea urchin / landak laut
-Sediakan sun block bagi mengelak kehangusan kulit muka
-Sediakan powerbank sebab bekalan elektrik hanya dari jam 6pm-6am
-Kalau rasa nak makan lauk extra untuk makan malam boleh mintka staff belikam contoh sotong/crab..hanya RM 25 per kilo...nanti mereka boleh belikan dan masakkan...


Jetty Semporna
Starfish bersepah depan resort
Penyu dini hari sambil tunggu sunrise
Pelangi selepas hujan
Fresh Crab
Sambutan Hari Malaysia & Birthday Kak Sally
Lato Lato Resort
Mataking Kecil
Timba Timba
Sunrise @ Lato Lato
Donut wajib coba...gebu2 manja..hidangan minum petang
Hujan Lebat
Crystal Clear water
Budha Nyenggeng aksi wajib
Habiskan masa tanpa smart phone..terasa bahagia walau seketika
Antara hidangan simple & Sempoi

Monday, September 4, 2017

Long Holy-day

5 Hari cuti mcm2 aku makan...seronok oiiii....so esok dah start keje kembali kepada berpuasa...