Selama mana dipinjamkan usia aku dan mereka
Setiap saat dan ketika
Aku mahu lihat mereka bahagia
Seperti mana aku sering dibahagiakan oleh mereka setiap detik dan ketika
Biar ombak melanda
Biar tsunami menggila
Tak akan goyah yang dinamakan cinta
Semoga tuhan panjangkan usia
Aku dan mereka
Agar terus berkasih sayang dan bercinta
Mereka syurga
Mereka jiwa
Mereka nyawa
Tanpa mereka aku bukan siapa
Tanpa doa mereka hilang kekuatan di jiwa
Panahannya tak tersasar tepat mengena
Semoga tuhan sentiasa melindungi kedua ibu bapa
Jaga mereka sepenuh jiwa raga dan bahagiakan mereka dalam apa jua cara
Sampai masa kan pergi jua antara kita
Lumrah yang bernyawa 😊
Wednesday, January 27, 2016
Syorga Beta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment