Friday, July 31, 2015

14 syawal 1436h

Juadah untuk berdua...Bukan juadah raya bukan juga juadah bergaya... hanya juadah biasa utk mengisi usus buat sementara sebelum dibuang kesemuanya menjadi sisa yg tiada berguna...selamat berbuka puasa buat yang berpuasa... buat yg masih belum selesaikannya kita cuba sedaya upaya...aku pun malas juga sebab ahli dosa 😅😅

Tuesday, July 28, 2015

Ammar Al-Qadri 365 hari

28 Agustus 2015 aku nukilkan kisah ini 
Ammar Al-Qadri 365 hari
Berkhidamat setia sebagai hamba Illahi
Walau masih belum dibebani
Tapi sudah menjadi asbab bonda dan ayahnda mengumpul pahala buat bekalan akhirat nanti
Ammar Anugerah terindah dari Illahi
Biar dicanang 7 keajaiban di bumi
Tidak dapat menandingi kelahiran ammar al qadri
Syukur pada Illahi atas kurniaan terindah ini
Semoga dewasa jadi manusia yang sentiasa merendah diri dan menjaga peribadi
Auntie EL sayang ammar kerana Illahi sebelum ammar lahir ke muka bumi
Jaga dan berbuat baik kepada bonda dan ayahnda selama mana Allah pinjamkan mereka
Setelah perginya mereka semoga doa ammar akan sentiasa mengalir melapangkan dan menerangi barzakh mereka..
Itu Cita2 setiap ibu bapa yg punya jiwa
Wallahi bukan harta dunia yg diidamkan mereka😘😘

P.s: Ingat sampai bila2 aku sayang semuanya 








Sunday, July 26, 2015

Nasi Daun Pisang Nirvana

Pekena NDP musim raya ni mmg rare...semua rumah satay nasi minyak rendang ketupat lemang...kau p bahan nasi ngn peria goreng perghh terangkat jugak lah...aku pun baru je belajar makan NDP nih...tp sedap pulak so jatuh cinta...sanggup redah dari SK p bangsar utk nasi atas daun pisang nih...kena mandrem kot

P.s : Dengan lafaz bismillah makanlah...nak isap rokok tak payah bismillah ;p

Saturday, July 25, 2015

Aku beri Telinga bukan Mata

Aku pendengar yg setia..sedia maklum semuanya...aku ada telinga dan jiwa tapi bukan mata...wakakaka...bila aku mengiyakan sesuatu kadang2 aku pun tak tahu...sbb nak participate so aku jawab je lah...tapi hari ni sepertinya aku tertangkap...

Kakak aku tunjuk satu baju kat IG...tanya pendapat aku...so jawapan aku sentiasa membina...'ye boleh lah'...walhal mata aku masih di screen telefon cap ayam ku...sekali dia perasan daaa siap selpi lagi 😅😅😅

P.s : Aku mana minat bab baju baju pompuan nih...apa apa je lah aku ok je...ko nak ropol kat bahu ke simpul kat pinggang ke lantak lah😆😆

Wednesday, July 22, 2015

7 syawal 1436

Misi di atas misi dan aku masih disini...
Mencari dan mencari tiada apa yang aku temui
Resah gelisah dalam diri masih bersarang dalam hati
Cinta demi cintai terasa penuh dengan cinta
Rasa demi rasa yang ada hanya dongengan yang kau reka
Faham kononnya walhal kau pura pura
Sepi dan hiba sebenarnya kosong ibarat kopi gula tanpa camca
Kau aku dan dia kita hanya sebatang kara
HANYA SATU SAMPAI BILA BILA
Berpisah jasad dan nyawa terpisah segalanya melainkan yang tiga

Salam Syawal buat semua yang aku cinta

Semat dalam hati selamanya

Aku sayang semua...

"Kosong tak semesti sepi
Ada tak semesti bahagia
Berdua kadang kala ada ketiga empatnya
Satu kadangkala pelengkap teka silang kata"

If u judge people, u have no time to love them ...

LIVE.LIFE.LOVE

6 Syawal 1436

#KedaiKopi
#Whitehouse
#Kopi Asli
#Manamaucaributterbunga

Takde mood nak menaip tapi harus simpan gambar sebagai ceritera kita..so kita hashtag saja...selamat menjamu selera..dah nak pulang ke kota

Tuesday, July 21, 2015

5 Syawal 1436

Xtvt wajib kami selaku orang pantai timur...tak pernah dan tak mungkin akan puas dengan pantai...ibarat ombak takkan terpisah dari pantai begitulah kami tak akan terpisah dari percutian bersama ibu bapa selama masih ada masa...

Pantai kat pantai timur ni terlalu indah sebenarnya...tapi lebih suka nak agungkan lautan andaman...

Monday, July 20, 2015

Eidul Fitri 1436h

U know u r having much fun when ur pics get uploaded late

Selamat Hari Raya 1436h from Malekians.

Kurang masa utk whatsapp,facebook, instagram, twidder dan seangkatannya...sebenarnya line internet tidak sehebat di kota

Saturday, July 11, 2015

Say Hello to Baby Mia

Ima's second princess...
Dalam keterbatasan waktu
Dalam mengejar arus kehidupan
Dalam kesibukan kota metropolitan
Dalam cengkaman kejatuhan ringgit dagangan
Semua diatas bukanlah satu alasan utk tidak menyambung silatulrahmi antara kita...wah gitu katanya..melugai
Oyeahhh semalam p culik cik awe teman p tgk baby Mia...


sorry MIA auntie tak angkat Mia semalam...sebenarnya auntie el tgh sakit pinggang :'( 
next time auntie dokong mia k..luv u my lil princess :)