Saturday, October 11, 2014

Ingatkan aku

Aku mengaku banyak cacat celanya
Aku mengaku aku bukan sempurna segala
Aku mengaku aku tak punya apa
Aku mengaku lemah segalanya
Usah melihat aku seperti adanya aku
Usah menilai aku dengan setiap perbuatan mahupun bicaraku
Usah mencemuh aku dengan kurangnya aku
Kerna aku sudah sedia tahu setiap kurangnya aku
Tapi tolong sering ingatkan aku
Akan dosa dan ketelanjuranku
Jangan pernah tinggalkan aku dengan kejahilan dan keangkuhan ku
Ingatkan aku selama mana mampu mu
Jangan biarkan aku dengan caraku
Jangan pernah benci aku dengan apa adanya aku
Ingatkan aku juga utk tidak membenci dengan apa adanya kamu
Ingatkan aku bahawa tidak ada yg sempurna
Ingatkan aku yg tidak sempurna itulah warna jiwa dan dunia
Tidak selalu indah dimata
Datang sebagai ujian kadangkala
Agar tidak terus berada di zon selesa
Penuhi jiwa dengan kasih sayang sesama manusia

2 comments:

mrsRons said...

Hulurkan tangan kite terus ke depan.. jgn toleh belakang kerana kesalan..anggap saje sebagai pengalaman hidup..belum terlambat.. ayuh teman..aku menanti :)

Karbie said...

Terus menanti..hingga terhenti denyut nadi..teman sejati...tiada galang ganti...sampai mati..