Saturday, September 6, 2014

Aku.Kamu.Dia.Kita Coba

Cuba sesekali ubah diri biarpun sehari

Buang rasa amarah dari hati

Rendah diri
Sabar saat dicabar
Buang dengki dan iri
Apatah lagi rasa tak puas hati
Cuba sehari dua terapkan sifat ini

Tak senang saat membaca
Sungguh aku kata
Menulis bukan kerana sempurna
Menyampai bukan kerna tiada cacat cela
Aku juga hamba sarat dosa
Mungkin tak terhapus andai dihitung masa
Yang saban hari terus berganda
Selama ada masa
Kita cuba
Tak semua tak mengapa
Mugkin satu atau dua
Sekurangnya ada usaha
Dari hanya mendabik dada
Seolah akulah yg sempurna
Dan mahu lihat segala yg depan mata
Seperti dalam drama
Itu hanya imaginasi manusia
Ya..Imaginasi kita
Kamu, aku dan dia
Mahu yang baik2 saja
Terlahir puteri dan putera raja


Kerana aku sring mahu yang sempurna
Tunggu yang sempurna
Benci pada yang banyak cacat cela
Nafsu yang sering menggila
Mahukan segala yang maha sempurna
Seolah dunia aku yang punya
Seolah akulah yg hebat saban masa
SILAP BESAR RUPANYA :p

No comments: