Wednesday, March 30, 2011

Ruang Ini

Dulu, di hari pertama aku jejakkan kaki kesini, ke TOA Library ini, aku merasakan amat tidak selesa..boleh kan aku bertahan lama di tempat sempit ini, bersepah ini, ada satu bau yg ingatkan aku pada hari pertama aku ke sini...boleh kan aku bekerja ditempat seperti ini..perasaan yg tak dpt aku ungkapkan..dihari pertama itu...

Kini, hari ini, saat ini, aku sudah berada di sini selama 8 bulan...aku merasakan perasaan sense of belonging..kepunyaan..milik aku..bila ada visitor masuk aku cuba ungkap apa yg mereka fikirkan..ruang ini cukup luas untuk mereka yg berada di kolej swasta..berbeza dgn uni tempatan..ruang ini sudah cukup selesa bg mereka menelaah pelajaran atau menyiapkan assignment..ruang ini cukup untuk mereka hang out..ruang ini cukup untuk mereka..dan di ruang ini lah aku masih disini..di ruang ini mencari sesuap nasi, rezeki yg halal bgku..di ruang ini bnyk yg aku pelajari..di ruang ini menegenalkan aku pada dunia pekerjaan..segalanya bermula di ruang ini..kini tidak lagi ku rasakan sempit ruang ini..setiap hari adalah perasaan yg baru bg aku bersama ruangan ini...terima kasih ya Allah...


Aku akan tetap di ruang ini sebelum rezeki ku berganjak ke tempat lain...aku akan setia di sini kerana disini lah aku mengenal erti penat.lelah..di raung ini lah aku belajar berdikari...di ruang inilah aku mula melihat dunia dari sudut berbeza...di ruang ini lah aku kenal persahabtan sesama kaum lain..di raung ini lah aku berjuang untuk masa depan ku...di ruang ini lah aku mula mencari erti kehidupan...di ruang inilah aku mula menapak mencari rezeki yang halal buat diriku...di ruang ini lah permulaan hidup aku..di ruang ini lah aku keluar dari kepompongku..aku bermohon padamu Ya Allah..sentiasa lindungi aku dari kejahatan manusia dan syaitan...peliharalah aku dari segala yg merosakkan aku...tabahkan lah hati ku untuk hadapi apa sahaja kemungkinan....Amin...


~Power of Visualization..Power of mind~

No comments: