Wednesday, August 5, 2020

CoVid19-MCO-2020 💘

My last post was february 2019

Semakin tua semakin berkurang masa semakin sempit jiwa semakin hilang fokus dalam menulis...

Nak becerita panjang kisah 2020 pon sepertinya begitu pantas 2020 mahu meninggalkan kita

Dengan segala macam perkara yang berlaku menggemparkan dunia dengan didatangkan sekecik2 virus...

Aku bersyukur kerna covid-19 la aku ambil keputusan meletakkan sehelai kain di atas kepala...tak pernah aku kata sempurna sekadar lain dari yg sebelumnya..wallahi masih banyak yang berlu dinilai tapi izinkan aku melangkah dengan cara aku...semoga tuhan sempatkan semoga tuhan kkra setiap kesungguhan

Almadulillah kerna covid juga kakak2 aku mula belajar mengaji...bergema rumah2 mereka dengan bacaan kalam suci...ini adalah satu isnpirasi...semoga terpelihara kalam suci Illahi dan kekal mekar dalam hati dan jiwa mereka setiap masa

Aku cukup berterima kasih buat apa yang didatangkan kepada kita smua...ada yang diambil nyawa ada yang terpisah dari keluarga ada yang sedang bertarung nyawa dan aku pula diberi kekuatan dengan cara aku tersendiri...

Banyak yang kita belajar dari pandemik ini...segalanya seperti asing sekali pada awalnya tapi semakin normal kini....

MCO banyak memberi erti sebuah kehidupan...'dikurung' berminggu lamanya...bekerja dari rumah...keluar membeli keperluan pon rasa takot2 pada masa tu..hampir 30 hari aku dan ej makan bersama dari breakfast lunch & dinner...sepanjang MCO juga kami mengamalkan cara hidup sihat walau dirumah sahaja...low impact homeworkout hampir setiap hari sepanjang MCO...tiada bazar ramadhan yang kami kunjungi dan hanya sekali kami berkumpul dengan heam n mumsky....dan yang menghibakan selama 30 hari tanpa jemu ibubapa akan call tanya apa menu dan 30 hari itu jualah mereka berbuka berdua...aku dan ibu berjaya khatamkan alquran dalam ramadhan yang tidak pernah berlaku sebelum ni...kerna banyaknya masa terluang kami diberi kesempatan...ikatan kekeluargaan sepertinya semakin indah walau berjauhan hati masih bertaut...

Hari raya hanya sambut dikota sembat bervideo call saja dengan kedua ornag tua..sungguh hati rasa hiba tapi sesungguhnya DIA lah yang maha memelihara

Tiada lagi ungkapan yang harus aku ungkap melainkan puji dan syukur buat tuhan sekalian alam 💘

Cinta hati beta 05.08.2020

Bersyukur sehingga hari ini Allah masih pinjamkan mereka buat aku dan kami semuanya ...sudah tidak gagak seperti dulu kala..tulang temulang dan kudrat semakin lemah tapi cinta mereka tetap mekar sehingga saat detik dan ketika ini...doa mereka masih laju memanah sehingga aku masih gagah disini 

New Me New Karbie New Norms New 2020

Banyak yang berlaku dalam tahun 2020

Negara dan dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19

Tahun 2020 penuh dengan pancaroba tapi tahun ini juga perubahan besar lagi nyata dalam jiwa2 yang sedang ingin mahu berubah..Alhamdulillah 









Monday, February 11, 2019

Bukit Keluang - Pulau Rhu

Citenya pagi ni opa ajak g cari nasi dagang kat kuala besot...pergi2 kedai yg dituju tutup...so memutor la area situ jumpa satu kedai sedap jugak nasi dagang dia...lepas dah kenyang makan opa tanya nak g bukit keluang tak bergambar tepi pantai so kami ok kan aje

Sampai bukit keluang ramai plak gang2 hiking baru turun so ej kata nak hiking...opa pon setuju....letak oma tempat yg selesa kami naik la separuh je pon dgn pakaian tak sesuai nak naik bukit..oma mcm biasa terlebih cakna siap beli 2 botol 100+ takot anak dia dehydrated...masalahnya separuh jalan je naiknya ..bila kami turun tanya oma mana opa (anak tak lehbhilang bapak)...oma kata tepi pantai..kami pun bergegas tepi pantai nampak opa tgh borak dgn sorang mamat ni..rupanya dia sedang jual pakej ke pulau rhu...so disini la bermula perjalanan kami tanpa di rancang ke pukau rhu 

Opa : awak nak g pulau  rhu dalam 15min sampai la ..bergambar pastu balik la..laut tenang ni
Kami : krik2 memikirkan pakaian tak sesuai tp dalan hati ini peluuang...bukan senang opa nak bagi ke pulau  so kami setuju..


Opa pon hatar kami ke persisiran utk naik boat dan dia bawak kasut kami ke kereta...ye pa dengan kasut nak naik boat camno..jalan la ketik2 atas pasir panas ke boat.. 


 


 
 
Hurmm sementara masih ada bapak yang penyayang...digantikan dengan suami yg penyayang...dua dua adalah pinjaman yang akan di ambil bila2 masa


30minit total perjalanan kami sehingga balik semula ke darat 3 kali opa call ..dah tu ko rasa mcm mana aku nak ke perhentian 3hari 2 malam 藍藍

saja nak bg tau pic lawa ni smua aku amik guna howei aku....nak harapkan ip ej cap ayam pic ;p

CNY 2019

CNY tahun ni kami tak keluar negara...ada dalam malaysia ni je...rasa tak sesuai lagi nak ke andaman sea dan seangkatannya...so kami plan pulang ke kampong sahaja bermanja dengan orang tua

Flite musim perayaan biasa la mahal kan..so aku amik keputusan balik ikut terengganu..murah la beberapa puluh hengget sambil2 makan nasik dagang bergambo tepi patta...

Miracle baby has arrived 040219

Penantian 10 tahun terjawab





Sepasang permata hati bonda dan ayahnda semoga menjadi anak2 penyejuk mata hati setiap yg memandang dengan kelembutan akhlak dan peribadi yg mulia


TL love u  both❤️
100219