Tuesday, January 16, 2018

Ubi keling

Benda simple tapi aku nampak besar

Benda kecik tapi aku nampak hebat

Benda biasa biasa tp aku nampak luar biasa

Kerana aku sedar diri hina

Tapi tuhan masih mendatangkan manusia mulia

Yang sentiasa ada untuk berkongsi rasa dan jiwa

Bukan cerita pasal ubi tapi sifat berkongsi , sifat muhammad yang tersembunyi, suka berkongsi suka memberi, yang semakin luput dari sanubari, semakin dilupai, semakin tidak diambil peduli, terima kasih utk mendatangkan rasa ini, sungguh aku hargai, biar tak dirasai dengan lidah cukup aku sudah merasai dengan hati

Tuhan , Kau zat yang maha memelihara mengasihi hamba walau hina walau alpa