Thursday, November 23, 2017

Sedutan cinta hembusan sayang

Aku ni xpernah ada adik anak buah pon sorang mcm tak berapa cukup la rasa nak main ngn budak kecit...bila duk kira kira berapa ramai dah kawan aku duk beranak mcm ramai pulak ...dr tulang belakang elok sampai nak bengkok la duk usung...

Tengok budak ni sebenarnya kau nampak kasih tuhan...tengok la mereka dalam apa keadaan yang kau nampak hanya kejujuran dan keikhlasan...ko marah ko cubit ko jeling ko tak bagi apa dia nak tp pemgakhirannya dia mai semula kat ko..takde dendam, xde benci, xde terasa hati, xde pilih harta, xde pilih warna kulit semua mereka sebat je.....yang ada hanya cinta hakiki...pandangan yang masih suci..belajar la tgk kasih tuhan dari anak anak ni...jgn duk nganga tak ketahuan 😆

sama la dengan tuhan...ko tak semayang, ko tk puasa,ko berzina, ko tk tutup aurat, ko derhaka suami, ko tk layan isteri, ko naik suara dgn mak bapak, ko lupa tuhan ko gila dunia, ko buat la apa sekalipon tp hari ni tuhan tak berhenti pon bagi ko sedut n hembus nafas smpai bleh baca la penulisan aku ni skrg 😆 itu la kasih tuhan

Tuesday, November 14, 2017

Setahun tak lama

Setahun lepas helok dia bergolek atas aku...skrg dah abang2 buat tak layan aku...kemain ko eh..

Sebenarnya birthday koko la setiap kali pic ni terpampang kat wall fb aku..sbb hari  ni la koko dilahirkan ke muka bumi..kikiki

Satu demi satu anak anak lahir dan membesar depan mata aku..tak dak anak pon tak pa la...anak2 yang duk ada ni pon antara kasih tuhan bagi utk dipandnag dengan kasih sayang

Happy birthday Iffat..sori pic boss tu mmg  aku tak berapa nak ada...

Monday, November 13, 2017

Berkongsi sampai mati

Jika diizinkan Illahi biar mereka kekal bersama di dunia dan setelahnya...kasih sayang tuhan terpancar melalui mereka...aku hanya mahu lihat bahagia mereka sampai hujung nyawa bersama sama dan selamanya sehingga disatukan lagi di syurga...


Mereka kekasihku di dunia dan aku masih mahu bersama mereka di syurga...Terima kasih wahai sang pencipta buat pinjaman sementara...biar kasih sayang mereka mengalir di jiwa kami utk senantiasa mengasih dan menyayangi 

Thursday, November 9, 2017

Retak tak payah tunggu belah


Kadang aku rasa aku dikelilingi sabahat yg gila or gila gila or mmg gila...(tp kalau aku xgila mana nak kenal yg gila lek aaaa jgn marah)

Dalam gila mereka buat aku pikir apa istimewanya aku bila aku rasa aku terlalu disayangi oleh mereka...xdak la terlalu sgt pon tp ada la kasih mereka skit kat aku kan....aku yakin itulah tuhan nak tunjuk sifat pengasih penyayang dia dgn hantarkan sabahat yg mengasihi kita...bukan darah daging satu uri pon...tp bleh sayang kita mcm keluarga...

ada yg terpisah dek jarak, masa & tanggungjawab...tapi tu bukan ukuran cinta sebab hati bleh sampai lagi laju dari cahaya....

nak berpecah belah ,pecah je lah  retak seribu tp saat kau tahu kita semua datang dari yang satu..saat tu rasa bengong gak ah dengan apa yg berlaku...(aku tau ada yg tak paham..tak payah tafsir nanti sesat p tang ke lain) 

saat kau sedar kau kutip balik yang hancur berderai tu sambung ah slow slow...paling tidak saat berpisah roh dari jasad saat tu ada la kuntuman fatihah dari hati antara kita...sweet kan kehidupan ni...

Tak kisah lah xpaham sudah...baca sampai habis pon dah cukup baik dah

Ada kelapangan dan usia jumpa la kita 

Aku tak menulis suka suka...semua dengan satu rasa...sekarnag ni yg aku rasa...esok lain pulak..jgn kata aku belakon kalau esok aku jd bengong, xseperti yg pernah aku nukil...aku manusia sarat dosa...lagi lah mudah berubah ...korang yg baca lain la ahli ibadah

Saturday, November 4, 2017

Daftar Mengundi

Nah tu dia...lepas 34 tahun baru aku daftar sebagai pengundi...masa 20an rasa mcm "apa undi undi ni" dah masuk 30an alasannya malas nak g daftar kena g pos office la leceh ah (aku kan xsuka berurusan di kaunter)...

Tapi diuzinkan Tuhan semalam masa nak g makan kat Pulze, naik je escalator nampak ada meja SPR...hah apa lagi dah ko dtg depan mata dan xde org beratur...yg jaga meja tu pun dah muka mengantuk..

So berjaya la daftar sebagai pengundi kalaupun xsempat mengundi kurang2 nya dah pernah daftar la niat nak "memilih" tu dah ada 😆