Aku dan apa apa sahaja sumber air ..bertakung dan
mengalir
Hampir dibatalkan percutian kali ini...ciwan sepertinya
harus menghadiri seminar...
Aku dah apply cuti n dah approve pon...so aku cuba jugak
cari jalan utk aku pergi...zaman zaman skrg ni nak himpun beramai tak mudah mcm
zaman bujang...so berdua bertiga pon boleh lah...
Bismillah
Pagi Jumaat aku meneruskan perjalanan ke Raub..yes
alone..berseorang...tiada berteman..ada pembaharuan. penuaan...of cos
parents aku tak tahu
Tiba di Raub jam 145ptg...Kak fizah guide ke rumah dia
kemudian perjalanan kami ke Ulu Dong bermula
Sampai je Chalet takde orang walau seorang...dalam kepala
dah macam macam...percaturannya Chop akan kemari pada keesokan
harinya...terkebil kami menunggu owner tiba yg akhirnya kunjung tiba..
Aliran sungai berada betul betul belakang bilik
kami...nyaman tak dapat dan di ceritakan..bukak je sliding door nampak aliran
air sungai...syorga dunia yg dinantikan sekian lama lebih lagi bersama sahabat
tercinta...
Chop pun tak sabar nak datang jugak hari Jumaat
tu...dapat tgk foto pertama sungai belakang bilik mmg takde sapa sanggup
lengahkan
Petang Jumaat tu aku dengan kak fizah p gedebush dulu
seround dalam sungai...nikmat dia tak payah nak cerita..sejuk gila..hilang
segala pancaroba dunia yesss walau seketika...bila dapat panggilan dari ciwan
dia dah dekat nak sampai kami pun bersiap la nak g amik dia kat simpang luar
sana sambil2 cari dinner...nak mudahkan pergerakan kereta ciwan letak rumah
kakak kak fizah so kami ke Pulau Chekas satu kereta...dari simpang ulu dong ia
mengambil masa kurang lebih 15minit kot nak sampai sana...suasana kampong dia
mmg lawa gilaaa..nyamaan tak usah nak kata...
Pagi keesokannya di sediakan bas utk bawa pusing
kampong...rare kan.....bas nak gerak kul 9am of coz kami lepas subuh p
mandi sungai dulu sejuk beku tu...kul 645am dah gedebush dalam sungai...mak
aiii...nikmattt hoiiiii....
Lepas balik dari pusing kampung dengan bas niatmya ciwan
nak bawak p frezers Hill tp nasib tak menyebelahi kami...naik separuh jalan ada
pokok tubang menghalang jalan...so kami pun berpatah balik semula...tak de
rezeki nak buat mcm mana...
Otw balik ke chalet singgah dulu beli nasi ayam special
Raub....Sebelum balik chalet kami bercadang nak bersiar tgk rumah Mona Fendi ...sekali tak jumpa tapaknya sbb kak fizah salah bagi
direksi...hampehhh...sampai chalet kul 2pm mcm tu bush terbongkang tdo ..bercuti katanya..makan tdo mandi je la jawabnya....bangun kul 4 ptg makan
nasi ayam then lepas asar bersiap turun mandi sungai lagiii...kali ni cari port
yg lebih tinggi skit..masyaAllah makin sejuk air...oh yeah tua tua ni waktu
berendam kami semakin terhad...45min-1 jam je...
Malamnya keluar cari satay...aku rasa nak makan
satay..pusing2 jumpa satu kedai satay..sekali ada plak roti canai...apa lagi
bedal la roti telur n satay malam tu...balik terbongkang kekenyangan...
Pagi ahad mmg kau dah sakit badan so tak larat nak terjun
sungai dah...kami pun checkout awal skit..ptt kul 12 tp by 10 kami dah
chekout...cari makan sebelum bertolak balik ke KL...
HEAVEN
Terima kasih buat ciwan & kak fizah di atas segala
layanan mesra sepanjang berada disana...iAllah ada usia dan masa akan diulang
kembali utk bersama...