Tuesday, April 18, 2017

Indah tak mudah

Nak lihat pemandangan yang indah jalannya biasa berliku dan tak mudah

Semakin ketengah semakin mahu menyerah

Teruskan sehingga kau lihat dengan mata hati ibarat syurga dunia nan indah 

Masa tu kau akan kata nasib baik tak berpatah

Itulah ibarat kehidupan 

Biar kau dicaci maki dihina asal kau tahu apa yang kau cari dalam kehidupan yg sementara ini sebenarnya

CONTENT

Nampak mcm win je tajuk...baca dulu isi jgn menghukum tajuk...tp tajuk pun jangan la bangang sgt

skrg ni journalist punya tajuk pun bleh tahan scary lulzzz...

Tak de content nak menulis lalu mencerca...jangan la begitu...takde benda elok nk tulis diamlah dulu..tgu la..ilham tu bukan sebab kita bijak ke bangang tapi ilham tu dari tuhan...bertenang dan berlapang

Rasa lama tak buat status skali buat status menyakitkan hati orang memburukkan orang mengata orang...tak rasa bodoh ke di label hati yang tk pernah tenang 

Ce la sebarkan cinta melalui kata kata

Sebarkan tiada yang buruk melainkan indah belaka 

Itu kan lebih baik utk dibaca 

Teruskan menebar cinta di atas muka bumi sebelum mati


Monday, April 10, 2017

Rasa dihujung pena

Kita smua punya hak untuk menulis di lembaran ini seluas bentangan langit Illahi

Aku menulis.Kamu menulis.Kita menulis

Semua mampu menulis..tapi tak semua mampu menghadam setiap hasil penulisan...

Saat aku menulis itu adalah saat aku merasa...tiada penulisan yang datang tanpa rasa...buktinya biar seribu kali aku membaca rasa itu tetap hadir di jiwa..rasa yang hanya aku merasainya

Buat yang cinta utk menulis teruskan menulis sehingga ke penghujungnya..menulislah dengan rasa dijiwa bukan hemburan kata membabi buta saat amarah menguasai jiwa..

Saat kalian menulis kalianlah penulis 

Jika diizinkan Illahi aku mahu menulis sampai mati...tulisan buat diri sendiri dan buat yang sudi

Aku hamba Illahi yang masih cinta dunia takot mati 